Update Tentera AS 'lukis' kemaluan di langit disiasat >> Berita Malay 18

Sinar, 18 November 2017

 Tentera AS 'lukis' kemaluan di langit disiasat
Imej kartun kemaluan lelaki yang dilakar juruterbang dari angkatan tentera laut Amerika Syarikat.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang juruterbang dari angkatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) disiasat kerana 'melukis' imej kartun kemaluan lelaki di langit.

Menurut laporan KABC, imej tersebut dilakar menggunakan asap yang dikeluarkan oleh sebuah jet pejuang EA-18G Growler.
Pegawai Kanan Tentera Laut, Timbalan Laksamana Mike Shoemaker berjanji akan menyiasat kejadian itu.

"Rakyat AS berhak menganggap mereka membawa nama tentera laut menunjukkan tahap matang yang sesuai dengan misi atau kelengkapan yang diberikan kepada mereka," kata Mike.
Jet EA-18G Growler yang terlibat dikawal oleh dua anggota dan sebahagian dari Electronic Attack Squadron 130 yang ditempatkan di Markas Kawalan Laut dan Udara, Whidbey Island.

Selain EA-18G Growler, skuadron berkenaan juga menggunakan jet pejuang F/A-18 Super Hornet dan pakar dalam peperangan elektronik.
Anggota tentera yang melakar imej tersebut masih belum dikenal pasti.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :