Bekas perdana menteri itu mungkin akan menghadapi tuduhan menghasut kerana didakwa mencetuskan kebencian kerana kenyataannya mengenai keturunan Bugis ketika berucap di perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya, 14 Oktober lepas.
Dr Mahathir sebaliknya tetap tenang, malah menuntut pemimpin Umno itu menunjukkan bukti kad pengenalan lamanya yang mengatakan beliau berketurunan India.
"Hingga sekarang, tidak ada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan oleh menteri kanan UMNO tersebut. Bukankah ini satu penipuan?"
Dalam kecamannya terhadap Perdana Menteri Najib Razak di perhimpunan itu, Dr Mahathir mendakwa keturunan Najib berasal dari "lanun Bugis."
Najib dalam pelbagai kenyataannya sebelum ini kerap mengangkat dirinya sebagai keturunan Bugis.
Khamis lalu, Dewan Diraja Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa Dr Mahathir telah mencerca dan menggolongkan bangsa Bugis sebagai lanun, perompak dan penjenayah.
Keturunan Sultan Selangor juga berbangsa Bugis.
Bagaimanapun, Arshad tidak menamakan menteri kanan Umno itu, tetapi terang lagi bersuluh kenyataannya itu merujuk kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Pada Julai lalu, Zahid berkata Dr Mahathir mempergunakan Melayu untuk melanjutkan agenda politiknya, selain turut mengatakan bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu berketurunan India.
Read More / Baca Lagi >>