Gesaan pihak tertentu bahawa menukar kerajaan akan menyelesaikan masalah negara bukan satu saranan bijak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
“Adakah itu penyelesaiannya atau ini hanya penyelesaian saudagar minyak ular mengenai cara menyembuhkan semua masalah?
“Begitu juga dengan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi. Adakah pengkritik pernah menjelaskan bagaimana menukar kerajaan dapat menjadikan semua rakyat Malaysia kaya?” kata Salleh dalam blognya hari ini.
Sambil menyatakan Malaysia adalah sebahagian daripada ekonomi dunia, beliau berkata apa yang berlaku di luar akan memberi kesan kepada negara ini.
“Ada yang mengadu bahawa Malaysia menjadi terlalu mahal. Sebenarnya ini bukan masalah Malaysia tetapi masalah dunia.
“Apabila orang lain bersin, kita terkena selsema, jadi penukaran kerajaan tidak boleh mengubahnya,” katanya.
Bendahari UMNO itu juga melihat tindakan sama tidak menyelesai masalah perkauman di negara ini.
“Manusia yang mencetuskan masalah perkauman dan keagamaan, jadi jika rakyat mahukan keamanan dan keharmonian, ini tidak akan berlaku walaupun jika kita menukar kerajaan,” kata Salleh lagi.
Related Posts :
Update Kejam !!! Suami Cincang Dan Makan Otak Isteri >> Berita Malay 18
FILIPINA: Seorang suami telah ditahan pihak berkuasa tempatan kerana didakwa membunuh isterinya dengan kejam dan ngeri di Kota Quezon, Fil… Read More...
Update Download Reading Comprehension Passages and Question Sets >> Berita Malay 18
Reading comprehension is the ability to process text, understand its meaning, and to integrate it with what the reader already knows.
Be… Read More...
Update KPM luluskan hampir 16,000 permohonan guru duka lara >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Hampir 16,000 permohonan pertukaran oleh guru duka lara bagi mengikut pasangan masing-masing, sudah diluluskan sepanjang tem… Read More...
Update [PUAN PERLU JAWAB DI AKHIRAT] Surat Terbuka kepada Puan Surayati Ibrahim, KETUA PENGARAH ROS >> Berita Malay 18
SURAT TERBUKA KEPADA PUAN SURAYATI IBRAHIM, KETUA PENGARAH ROS
Kepada Yang Berusaha Puan Suriyati binti Ibrahim
Ketua Pengarah Jabatan Pe… Read More...
Update Kenapa PRU14 Menjadi Pilihan Raya Paling Kotor Mengikut Dakwaan @chedetofficial? >> Berita Malay 18
Di dalam Sidang Media Pakatan Harapan semalam, calon Perdana Menterinya, Tun Dr Mahathir telah membuat dakwaan Pilihan Raya Umum (PRU) … Read More...