Update Urus Marathon Pun Gagal, DAP Ada Hati Nak Uruskan Negara >> Berita Malay 18


Kegagalan Rejim DAP Pulau Pinang menganjurkan Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang pada  26 November lalu menjadi satu lagi bukti betapa DAP tidak ada kredibilti untuk mentadbir. 

DAP telah menjadikan acara kemegahan Rakyat Pulau Pinang  semakin hilang reputasi kerana kesilapan  teknikal remeh yang tidak sepatutnya pun berlaku.

DAP telah menyebabkan acara itu diejek dan dikutuk di peringkat antarabangsa kerana memberi peserta coklat tamat tarikh luput,  T-shirt yang salah saiz dan lebih teruk lagi pemenang terpaksa menunggu lebih dua jam untuk mendapatkan pingat.

DAP mungkin berkata kegagalan ini hanya kesilapan kecil tetapi sebenarnya ini adalah bukti jelas DAP sebuah parti gagal seperti mana mereka gagal menyelesaikan masalah banjir kilat setiap tahun,  pencemaran alam dan keselamatan rakyat seperti tanah runtuh.

Masalah remeh seperti itu pun gagal ditangani tetapi ada hati mentadbir negara. Sebaiknya DAP belajar menguruskan parti terlebih dahulu supaya tidak melakukan kesilapan memalukan bila terpaksa mengadakan Pemilihan CEC sebanyak 3 kali!

Subscribe to receive free email updates: