Update Zahid: PRU14 akan diadakan dalam masa 180 hari >> Berita Malay 18

 FMT| November 12, 2017
Timbalan perdana menteri tahu ahli politik mana yang bekerja keras dan yang malas.
VIDEO INSIDE
ahmad-zahid-hamidi-pengundi-cina-election-malaysia 
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu parti komponen BN bahawa beliau tahu ahli politik mana yang bekerja keras untuk parti ketika pilihan raya umum ke-14 semakin dekat.

“Jangkaan saya, pilihan raya tidak lebih daripada 180 hari lagi. Kalau ada yang kata pilihan raya lebih daripada 180 hari, saya fikir orang tu berada di luar kepompong realiti,” katanya pada persidangan perwakilan Gerakan kebangsaan ke-46 di ibu pejabat Gerakan hari ini.

Presiden Gerakan Mah Siew Keong dan pimpinan parti komponen BN lain daripada Umno, MIC, MCA dan MyPPP turut hadir.
Zahid berkata tarikh sebenar pilihan raya hanya akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila jentera pilihan raya bersedia.

Zahid menambah beliau juga tahu ahli politik mana yang bekerja keras untuk parti.
“Saya tahu siapa yang bekerja keras dan siapa yang tak bekerja keras.
  • “Saya tahu siapa yang melobi untuk jadi calon walaupun mereka malas. Orang yang dulu malas tetapi sekarang bekerja keras pun saya tahu,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :