Update Zaman Kleptokrasi: Husni yakin Malaysia sifar rasuah di bawah Najib >> Berita Malay 18

Berpegang kepada petua "kuda" Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yakin Malaysia akan mencapai tahap rasuah sifar apabila Datuk Seri Najib Razak berundur suatu hari nanti.
Kata Ahmad Husni, keyakinan itu ada padanya selepas melihat kesungguhan perdana menteri usaha yang mahu memerangi amalan berkenaan.
Anggota Parlimen Tambun itu yang meninggalkan kabinet Najib pada 27 Jun 2016 berpendapat begitu selepas mengadakan pertemuan dengan perdana menteri baru-baru ini.
"Beberapa bulan lalu saya bertemu dengan Najib dan memberitahu bahawa kita mesti mengubah masa depan, kita mahu masa depan yang lain.
"Saya kata (kepada Najib) kita mahukan rasuah sifar dan perdana menteri kata 'yes' kepada saya," katanya semasa membahaskan belanjawan 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Husni ialah menteri kewangan kedua yang melepaskan jawatan kira-kira 15 bulan lalu. Media melaporkan alasan peletakan jawatan itu ialah kerana beliau enggan dipindahkan ke kementerian lain.
Bagaimanapun ia menarik minat ramai kerana berlaku ketika isu skandal 1MDB sedang panas diperkatakan termasuk di kalangan pemimpin Umno.
Dipanggil ke Bukit Aman
Dalam satu temu bual Ahmad Husni mengakui isu 1MDB membuat beliau tertekan semasa menjadi menteri kewangan kedua.
Selepas meletakkan jawatan Ahmad Husni pernah bercakap mengenai syarikat pelaburan milik kerajaan itu dalam satu majlis di Shah Alam.
Beliau juga pernah menyentuh isu 1MDB semasa berbahas di Dewan Rakyat pada Okt tahun lalu. Ekoran itu beliau dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman beberapa hari kemudian.

Selain melepaskan jawataan sebagai menteri Ahmad Husni turut mengetepikan kedudukan lain dalam parti termasuk bendahari Umno.
Namun ketika pengkritik Najib meninggalkan parti itu atau menyertai parti lain Ahmad Husni kekal tidak menonjol namun dilihat menyertai anggota parlimen BN lain meraikan ucapan Bajet 2018 pada 20 Okt lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: