Update 3 Suspek Ditahan Bunuh Rakan Sekerja >> Berita Malay 18


SERENDAH : Tiga lelaki warga bangladesh telah ditahan polis kerana telah disyaki membunuh rakan senegaranya.

Kejadian didakwa berlaku di kebun sayur di Serendah kira-kira 10.55 pagi.

Haque Saheb, 33 mangsa bunuh 3 rakan serumahnya telah ditemukan dengan keadaan separuh bogel oleh penyelia kilangnya di dalam semak.

Ketua Polis Daerah Hulu Sela­ngor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mang­sa dilaporkan hilang oleh seorang daripada rakan sekerjanya dan telah memaklumkan kepada penyelia warga tempatan itu sebelum kejadian.

Penyelia tersebut dan beberapa pekerja mula mencari mangsa setelah mendapat laporan mangsa hilang oleh pekerjanya dan telah menemui mayatnya dalam keadaan terbaring tanpa memakai seluar di dalam semak di sekitar kebun itu.

Berdasarkan siasatan awal, penangkapan 3 lelaki bangladesh ini untuk membantu siasatan dan ketiga-tiga mereka adalah bekerja di kilang yang sama dengan mangsa selain rakan serumah mangsa.

Pemeriksaan lanjut telah dilakukan oleh pihak polis dan mendapati punca kematian mangsa apabila dipukul dengan objek tumpul dibahagian kepala.

Siasatan lanjut dilakukan ditempat kejadian tetapi masih tidak menemui sebarang bukti senjata yang oleh pihak polis.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan boleh di dakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh jika disabit kan kesalahan. Sumber: Utusan Editor: Nsuhaili

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :