Update 4 Gambar Pasangan Kekasih Suspek Curi Tersebar. >> Berita Malay 18


KUALA KRAI - Seorang lelaki bernama Amir Maznu telah memuat naik beberapa keping gambar yang disyaki sepasang kekasih yang didakwa mencuri motosikalnya pada awal pagi tadi, di Kuala Krai, Kelantan.

Dalam kejadian seawal 6 pagi itu,mangsa dikatakan sedang menunggu untuk ke masjid namun tiba-tiba dia mendengar bunyi tongkat dan dia keluar untuk melihat namun motosikal tersebut telah dibawa lari oleh suspek menghala ke arah Machang dan mereka juga dikatakan menaiki kereta satria neo berwarna hitam.

Namun tidak lama selepas itu, mereka telah menjumpai kereta suspek yang didaftarkan di atas nombor plat kenderaan TBO 5211 di sekitar Machang di tepi jalan.

Bagaimanapun mereka telah dapat mengenalpasti dua suspek tersebut dan menurut sumber, mereka telah melarikan diri kawasan Machang. Sumber: Amir Maznu




Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :