Update Amy Search kesal dengan peniaga produk >> Berita Malay 18




Pelbagai strategi yang digunakan oleh peniaga-peniaga produk untuk melariskan barang jualan mereka sehinggakan ada yang menggunakan gambar artis tanpa kebenaran artis tersebut.

Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search salah seorang artis yang telah dimanilupasikan dengan tersebarnya satu gambar dimana Amy sedang memegang satu produk. 

Melalui pendedahan yang telah dibuat melalui laman media sosial instagram, Amy mengatakan bahawa gambar itu satu penipuan dan dia tidak pernah langsung menggunakan produk tersebut. 

Apabila tersebarnya gambar dia bersama produk tersebut, Amy menegaskan bahawa dia bukan duta untuk produk tersebut dan mengakui tidak tahu menahu langsung tentang produk berkenaan. 

Jika produk tersebut memudaratlam pengguna, Amy juga pasti akan turut terpalit dan berharap sebelum pihak peniaga yang ingin menggunakan gambarnya boleh berhubung dengan pihak pengurusan dahulu sebelum bertidak sesuka hati. 

Banyak menerima pelbagai supplement dari peniaga tapi Amy lebih berhati-hati untuk mencubanya kerana takut akan memberi kesan pada masa yang akan datang. 

Sikap peniaga yang menggunakan namanya sebagai salah satu strategi untuk melariskan produk jualan mereka ini amat dikesali oleh penyanyi ini dan berharap agar para pembeli tidak  mudah tertipu dengan strategi sebegini.

Gunakan cara yang betul dan tidak melibatkan orang lain yang langsung tidak ada kaitan dengan produk yang dijual kerana strategi sebegini juga boleh memberi kesan kepada pengguna. Sumber: oh Bulan Editor: Nsuhaili 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :