Update Anak Cekik Ibu Hingga Mati Dan Membakar Mayat Ibunya >> Berita Malay 18


INDIA -  Seorang anak tergamak mencekik ibunya hingga mati sebelum membakar mayatnya hanya kerana ibunya enggan memberikannya wang yang diminta.

Difahamkan sejak tiga minggu lalu, lelaki yang dikenali sebagai Akshay, 23 merupakan lulusan kejuruteraan di sebuah negara itu tidak bertegur sapa dengan ibunya, Deepa.

Dia dikatakan mengulangi permintaannya dan naik angin apabila Deepa tetap tidak mahu memberikannya wang, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang pada 25 Disember lalu.

Akshay kemudiannya bertindak mencekik ibunya hingga mati dengan menggunakan cadar tilam sebelum membawa mayat itu ke bahagian belakang rumah lalu membakarnya.

"Setelah itu, suspek tampil ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan ibunya namun dia dikatakan enggan memberikan kerjasama dan sering memberikan kenyataan yang bercanggah. Namun selepas mayat ibunya ditemui, akhirnya dia membuat pengakuan.

Pegawai Penyiasat Inspektor Stuart Keeler berkata, "kami tahu dia ada terlibat dengan dadah tetapi belum diketahui sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

"Selepas membakar ibunya, dia berkelakuan normal malah sempat mengajak rakannya untuk pergi makan aiskrim," jelasnya.

Manakala bapa Akshay dilaporkan berada di Oman kerana bertugas dan kakaknya pula sudah berkahwin menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha



Subscribe to receive free email updates: