Update @AzminAli Tidak Terlibat Kes Rasuah Pasir RM4 Juta? Bukankah KKSB Di Bawah MBI Inc.? >> Berita Malay 18



DS Mohamed Azmin Ali menafikan penglibatannya dalam menganugerahkan sebarang kontrak perlombongan pasir di Selangor, sehari selepas seorang anak saudaranya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebaliknya, Menteri Besar Selangor itu berkata kontrak pasir dikendalikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB), yang tidak dianggotai beliau. Baca di sini.

Memang benar KKSB tidak dianggotai oleh Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Namun jangan lupa, KSSB adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Inc. Yang pasti Azmin Ali adalah Pengerusi MBI Inc. dan Azmin Ali berkuasa penuh ke atas syarikat tersebut. Oleh itu, alasan idola beliau iaitu 'Top Dog' Pakatan Harapan yang selalu berkata, "Saya tak tau", "Saya tak ingat" tidak terpakai dalam kes ini.

Kedua, mungkin betul tiada anugerah sebarang kontrak ke atas KKSB disebabkan oleh perlombongan pasir ini dilakukan secara haram. Ketiga, KKSB ditubuhkan tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum 2008. Peranan utamanya ialah eksplorasi, perlombongan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber mineral di negeri Selangor. Agak tidak logik MBI Inc. tidak mengetahui tadbir urus syarikat berkenaan.

Siasatan SPRM beberapa hari lepas menunjukkan syarikat perlombongan pasir itu didakwa merasuah pegawai kerajaan tempatan di Kajang, iaitu tempat syarikat itu beroperasi sejak 2014. SPRM telah membekukan akaun syarikat bernilai RM4 juta, susulan penahanan empat individu dipercayai terlibat dengan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor, termasuk seorang anak saudara Azmin berumur 30-an. Adakah ini semua sekadar kebetulan?

Subscribe to receive free email updates: