Update Baitulmuqaddis: Trump melengkapi Deklarasi Balfour 1917 >> Berita Malay 18


Kuala Lumpur : Satu kenyataan akhbar hari ini dikeluarkan menerusi  kongres Forum Antarabangsa Palestin bagi Media dan Komunikasi berpendapat bahawa Donald Trump telah mengambil langkah yang berbahaya dalam sejarah undang-undang dan hubungan antarabangsa untuk melengkapkan pelaksanaan Deklrasi Balfour 1917 yang menimbulkan kontroversi bagi satu abad yang akan datang.

Kongres Rakyat Palestin berkata, "Deklarasi 2017 oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ini tidak kurang bahaya dengan Deklrasi  Balfour  1917 yang pernah wujud suatu ketika dahulu yang mengambil kira keadaan luar sejarah dan implikasi politik kedua-kedua deklarasi berkenaan.

Sejarah kewujudan Deklarasi Balfour 1917 adalah mengenai sejarah antarabangsa pertama mengenai hak-hak orang yahudi untuk membina negara haram di bumi Palestin dan menyebabkan kedudukan zionis dan Deklarasi 2017 merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Trump pada 6 Dis lepas yang cuba untuk mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke sana.

Donald Trump telah menunjukkan dengan jelas bahawa Amerika Syarikat bersekongkol bersama penduduk Zionis dan sangat melampaui batas yang mendedahkan integrasi Zionis Amerika telah mencabuli undang-undang antarabangsa.  Sumber: Bernama Editor:Nsuhaili

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :