Update Bandar Baru Dabong bermasalah, tapi tak batal sembang Mohd Amar >> Berita Malay 18

Kerajaan Kelantan mengakui projek Bandar Baru Dabong di Kuala Krai berdepan masalah dan pelaksanaannya terpaksa ditangguh.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun perancangan asal pembangunan tersebut masih berjalan.
"Sebenarnya memang ada isu (masalah).
"Pelan (pembangunan) kita masih berjalan, cuma ada masalah dari aspek pemilihan lokasi, kerana Dabong ini masalah paling besar ialah hampir semua kawasannya terdedah kepada banjir," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui selepas program ceramah di Kampung Lundang, Kota Bharu, malam tadi.
Terdahulu, Malaysiakini kelmarin melaporkan isu Bandar Baru Dabong itu yang dibangkitkan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Hazmi Hassan.
Menurutnya, projek yang dilancarkan sejak lima tahun itu terbengkalai dan tiada tanda-tanda kawasan itu akan dibangunkan melalui sebarang projek.
Cari kawasan sesuai
Projek tersebut hasil usaha sama anak syarikat kerajaan negeri, Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dengan DPS Group of Companies dan dilancarkan bekas menteri besar allayarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Oktober 2012.
Menurut laporan Harakahdaily pada 9 Oktober 2012, projek tersebut merangkumi kawasan seluas 45.6 hektar membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

Kata Mohd Amar kerajaan negeri perlu meneliti beberapa aspek yang dirasakan perlu supaya setiap masalah yang ada boleh diatasi.
Katanya kerajaan negeri enggan mengambil risiko meneruskan projek berkenaan ketika masalah yang ada belum ditangani.
"Kita tak mahu buat satu pembangunan pembandaran baru tetapi tiba-tiba ia ditenggelami banjir.
"Itu antara isu yang kita perlu fikir kembali," jelasnya.
Menurut anggota Dewan Undangan Negeri Panchor itu rancangan pembangunan Bandar Baru Dabong tidak dibatalkan tetapi cuma ditangguhkan.
"Isu yang paling besar ialah mencari kawasan sesuai dan pemaju yang lebih berkemampuan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :