Update Benar guna dokumen pengenalan selain IC beri ruang penipuan pilihan raya >> Berita Malay 18

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan penggunaan dokumen pengenalan diri selain kad pengenalan dan pasport antarabangsa dalam proses pengundian dikhuatiri akan membuka ruang kepada penipuan.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata tindakan membenarkan resit pengenalan sementara, lesen memandu dan kad kuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan dijadikan dokumen pengenalan diri bagi menggantikan kad pengenalan adalah berisiko tinggi kerana dokumen pengenalan palsu dalam bentuk resit pengenalan sementara, lesen memandu dan kad kuasa akan digunakan secara berleluasa.
Menurut beliau, peraturan baru ini dinyatakan sendiri oleh SPR seperti yang ditaklimatkan kepada orang ramai dan terkandung di dalam risalah taklimat SPR.
Untuk mengelakkan kekecohan pada hari pengundian, beliau menyarankan SPR membatalkan peraturan yang memberi kelonggaran kepada dokumen-dokumen pengenalan lain dan hanya menerima kad pengenalan dan pasport antarabangsa.
“Saya akan menulis kepada SPR secara rasmi dan akan diedarkan kepada rakyat agar perkara ini diketahui umum.
“Saya juga akan bekerjasama dengan JK Kebebasan Pilihanraya PH yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mantan Pengerusi SPR dan kini Naib Presiden PPBM untuk memastikan SPR tidak menukar peraturan pilihan raya dengan sewenang-wenangnya yang menjejaskan ketelusan dan kebebasan PRU14,” tegas beliau.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :