Update BERBANDING HADI AWANG, LEBIH BAIK PAS BERTERUS-TERANG CALON PM PILIHAN MEREKA IALAH NAJIB >> Berita Malay 18

Walaupun sudah diperjelas dan dinafi berkali-kali bahawa Lim Kit Siang tidak mahu dan tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri, Hadi Awang tetap menyatakan Ahli Parlimen Gelang Patah itu adalah bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihanraya akan datang.

Seterusnya, beliau mengajak rakyat agar menolak Pakatan Harapan yang didakwanya akan menjadikan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri.

Hairan juga dengan sikap Hadi itu kerana beliau sendiri pernah bersama dan berpeluk dengan Lim Kit Siang sebelum ini dan dengan demikian sudah tentu tahu kebenaran siapa bakal Perdana Menteri kiranya pembangkang memenangi pilihanraya.

Kenapa Hadi yang berimej agama, berserban, berjubah, memegang jawatan nombor dua dalam Kesatuan Ulama Dunia dan sebutan nama Tuhan tidak lekang daripada bibirnya, tidak mahu bercakap benar dan jujur mengenai perkara itu?

Biasanya, hanya pemimpin kelas rendah seperti Salleh Said Keruak, pencacai UMNO dan pemain media sosial yang diberi dedak dan power bank pasir saja yang suka memainkan isu tersebut. 

Setiap kali pembangkang kuat dan dilihat berpeluang mengalahkan UMNO dan BN, itulah lagu sumbang yang cuba dinyanyi dan diheboh-hebohkan.

Maka, adakah Hadi juga mempunyai mentaliti selemah mereka itu atau beliau juga ada menerima dedak daripada UMNO?

Jika diperhati, Najib Razak sebagai tuan dedak pun antara percaya dengan tidak bahawa Lim Kin Siang dapat menjadi Perdana Menteri. Hanya di depan orang Melayu beliau berani mengatakan Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi di depan orang Cina dikatanya tidak mungkin Kit Siang dapat menjadi Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, sementara Pas mengajak orangramai menolak Kit Siang, parti itu juga mengingatkan jangan rasa pelik jika parti itu mampu menguasai Putrajaya dan meletakkan Hadi sebagai Perdana Menteri, meskipun mereka bertanding dan menang jumlah kerusi Parlimen yang sedikit saja.

Dikatakan oleh beberapa pemimpinnya, tiada yang pelik jika itu kehendak Tuhan. Takbir!!

Sekali lagi, kita yang waras jadi bingung dan hairan dengan sifir politik Pas itu. Politik secara umumnya ialah "game of numbers" atau percaturan angka yang menjadikan siapa menang banyak kerusi, dialah pemenangnya.

Susah juga logik akal kita mahu menerima Pas yang bertanding serta menang sedikit kerusi boleh mampu menguasai Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :