“Setelah diteliti, pihak pendakwa raya memutuskan alasan keterangan-keterangan yang diambil serta bukti-bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Annuar Musa,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya hari ini.
Pada Januari lepas, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendakwa penyaluran wang Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan TRW.
Tersentap dengan dakwaan TMJ itu, Annuar, yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menafikan tuduhan kononnya beliau menggunakan wang Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan UniKL untuk menaja pasukan TRW.
Justeru, pada 3 Februari lalu, Annuar, yang juga Ketua Penerangan Umno, hadir di pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.