Kerajaan tidak mempergunakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meraih undi semasa pilihan raya umum, sebaliknya penempatan mereka di kawasan tertentu adalah demi keselamatan negara.
Jelas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum, dakwaan pembinaan kem tentera di Sembrong oleh Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong juga disifatkan menghina pasukan berkenaan seolah-olah mudah dipergunakan.
“Tujuan kita membina kem di Sembrong serta 11 kem tentera di seluruh negara tidak mempunyai rkaitan dengan politik, sebaliknya untuk tujuan keselamatan.
“Jika nak kata pembinaan kem di Sembrong untuk menyelamatkan Ahli Parlimennya yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, saya rasa beliau sudah selesa di sana,” katanya di Jitra semalam.
Sebelum ini, Wakil rakyat DAP, Chin Tong mendakwa pembinaan kem tentera baharu membuktikan BN menggunakannya untuk meningkatkan pengundi di kawasan pilihan raya yang menang dengan majoriti tipis dalam PRU sebelum ini.
Chin Tong (foto) dilaporkan menyebut bahawa kem tentera berkenaan terletak di kawasan utama termasuk Segamat, Johor, yang dipegang oleh Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Hutan Melintang, Perak dalam Parlimen Bagan Datuk yang disandang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pada masa sama, Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu menegaskan kementeriannya tidak berkompromi mengenai keselamatan dan akan menempatkan anggotanya di mana saja walaupun tanpa kem yang besar.
Katanya, terdapat banyak bangunan yang disewa oleh ATM di kawasan tertentu dan juga menggunakan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan.
“Biarpun kem belum siap dibina sepenuhnya tapi kementerian tetap akan menempatkan anggota di kem terbabit bagi tujuan taktikal dan teknikal,” kata Johari lagi.
Related Posts :
Update Bila masa PERANGI RASUAH itu mengancam Islam? PH tak perlu jadi ‘kerajaan malaikat’, tetapi jangan jadi ‘kerajaan syaitan’ [Video ANWAR SAHKAN TMJ CAMPURI URUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN] >> Berita Malay 18Isnin, 6 Mei 2019
PH tak perlu jadi ‘kerajaan malaikat’, tetapi jangan jadi ‘kerajaan syaitan’
Otai BERSIH
Negara kita pernah mencipta s… Read More...
Update Aktiviti tanam sayur berhasil elak pelajar ponteng sekolah >> Berita Malay 18
Imej via BH Online
TUMPAT: Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan, di sini, membuktikan Program Jom Bertani yang memberi … Read More...
Update 'Terus Kekal Jadi Pembangkang' Kenapa seorang Presiden parti 'Islam' PAS kerap sgt berbohong semenjak kekalahan teruk PRU14? Kerajaan PH memperkasakan wanita [Video Siapa simpan duit itu, ada di mana? - Dr M >> Berita Malay 18Isnin, 6 Mei 2019
KiniTV
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata pihak berkuasa masih memburu ahli perniagaan kontroversi Jho Low walau… Read More...
Update Dari KJ kepada TMJ & Jangan tukar kapal TMJ! DAH HABIS HERET ISLAM, kini peluang baru perguna heret 'istana' pula utk platform politik..Bodek TMJ la plok [Video Sorang demi sorang pemimpin BN pakai baju oren, tak lama lagi beratur masuk dalam] >> Berita Malay 18Isnin, 6 Mei 2019
Dari KJ kepada TMJ...
Blogger A Kadir Jasin berkata rakyat bebas untuk membincangkan apa sahaja di negara ini, ter… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/05/update-selamat-berpuasa-bosskurr-kes.html">Update Selamat berpuasa bosskurr, kes macam mana? Sempat tak habis sebelum raya! PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAS KATA "Kita kehilangan sebuah kerajaan yang baik? Ds Wan Azizah bantu kempen di Sandakan [Video Sidang media oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat] >> Berita Malay 18Isnin, 6 Mei 2019
Selain dari terawih, bersahur pagi esok pun kerajaan Pakatan Harapan tak larang.
Semua aktiviti berkaitan puasa sama sep… Read More...