Update Dewan Negara sebulat suara lulus RUU Perbekalan 2018 >> Berita Malay 18

Dewan Negara meluluskan RUU Perbekalan 2018 yang memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion untuk perbelanjaan kerajaan.
dewan-rakyatKUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 yang memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion untuk perbelanjaan kerajaan bagi tahun berkenaan.
Ia diluluskan selepas dibentangkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk bacaan kali ke-3 dan disokong Timbalan Menteri Perumahan Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.
RUU berkenaan yang diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara pada 9.25 malam, dibahaskan 5 hari bermula 4 Disember lepas, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama 2 hari.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :