Menjelang perhimpunan dan forum mengenai Baitulmaqdis yang disertai Umno dan beberapa parti pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata program itu hanya akan berhasil sekiranya ia mengeluarkan kenyataan jelas mengutuk Presiden Donald Trump.
Pengerusi PPBM itu mengulas forum tunjuk perasaan solidariti bersama rakyat Palestin di Masjid Putra, Putrajaya hari ini, yang dilaporkan akan turut disertai PKR dan Amanah.
Ia menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkongsi pentas sekali lagi dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PKR akan menghantar Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail mewakili parti itu ke forum tersebut, manakala Amanah diwakili Hasanuddin Mohd Yunus yang pernah menyertai flotila kemanusiaan ke Gaza.
Dr Mahathir hari ini mencabar Najib menyatakan ketegasannya, antaranya dengan menarik balik kenyataan menyokong Trump tidak lama dulu yang menyatakan musuh Amerika Syarikat sebagai musuh Malaysia.
Menurutnya, Najib perlu menarik balik kenyataannya kepada Donald Trump ketika mengunjungi presiden AS itu, di mana beliau berkata “musuh Amerika Syarikat adalah juga musuh Malaysia”.
“Amerika menganggap Palestin musuhnya. Malaysia perlu memberi jaminan kepada dunia yang Palestin bukan musuh kami, yang kami berpendirian bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin,” kata bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir berkata gandingan Umno-PAS pada program hari ini tidak akan bermakna kecuali jika ia menghasilkan kenyataan keras membantah Trump.
“Pembangkang hanya boleh tunjuk perasaan. Tetapi kerajaan boleh bertindak dengan lebih bermakna,” katanya.
Related Posts :
Update Laporan: Hanya 6 daripada 60 menteri, timbalan undi RUU KPDNKK >> Berita Malay 18
FMT Reporters
| November 23, 2017
Bagi pihak pembangkang, hanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hadir manakala pemimpin tertinggi… Read More...
Update Koleksi Semua Jawapan Untuk Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) >> Berita Malay 18
Seperti mana yang guru-guru telah dimaklumkan, Kursus i-Think Secara Luar Talian (KiLT) telah diaktifkan bagi menyambung kursus kaedah on… Read More...
Update [Video Protes, desak kembalikan Subsidi Minyak] Ipoh, Seremban sudah & Kini GERTAK merebak ke Johor pula...Najib janji subsidi minyak? HA2.6X! Kerajaan UmnoBN tak tahu tangani isu harga minyak’. >> Berita Malay 18Jumaat, 23 November 2017
GERTAK - Gerakan Turunkan Harga Minyak di Ulu Tiram, Tebrau Johor.
Terus Protes, desak kembalikan Subsidi Minya… Read More...
Update [Video 'Kena hambat' Norzula terus menangis & Dialog Husam bersama masyarakat di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor] TMB TIDAK PERLU BERPUSING JAUH. >> Berita Malay 18Jumaat, 24 November 2017
Kelulusan Akademi Yakin sudah diberikan kepada tiga syarikat berkaitan, berdasar surat bertarikh 3 Oktober 20… Read More...
Update [Video DR ASRI & ABDULLAH IRAQI-5 Tahun Kemudiannya Gejala Yg Dirisau Memang Berkembang..Ya Hanana & Penyakit TAKFIRI] Harga minyak turun paling banyak selepas protes berhujan, diganggu DBKL. >> Berita Malay 18Jumaat, 24 November 2017
Harga minyak turun paling banyak selepas protes berhujan, diganggu DBKL
Aksi protes 42jam Pemuda PH menyaksik… Read More...