2. Laporan yang disiarkan hampir keseluruhan media mendakwa bahawa Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad juga tidak mengetahui bagaimana penukaran hak milik tanah tersebut itu boleh berlaku dan Felda juga tidak memperolehi sebarang duit daripada pindahmilik tanah tersebut. Syarikat yang dilantik Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) iaitu Synergy Promenade Sdn Bhd yang memperolehi Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) daripada Felda telah didakwa menjual tanah tersebut kepada sebuah syarikat proxy Promenade iaitu Kuala Kumpur Vertical City Sdn Bhd untuk dibangunkan sebagai Kuala Kumpur Vertical City (KLVC) di mana perlakuan ini didakwa dilakukan secara ‘fraud’ atau penipuan. Transaksi ini didakwa berlaku dalam tempoh Tan Sri Isa Samad menjadi Pengerusi Felda dan pada masa yang sama Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) serta Pengerusi FIC. Adalah sangat mustahil transaksi pindahmilik fraud ini tidak diketahui oleh Tan Sri Isa Samad.
3. Menelusuri fakta ringkas transaksi pindah milik tanah tersebut, KANUN berpendapat Felda sebagai pemilik asal tanah tersebut masih mempunyai hak benefesial untuk menuntut dan mendapatkan kembali tanah tersebut melalui saman sivil di mahkamah. Seksyen 340(2) Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa sebarang pindahmilik hartanah yang dibuat secara fraud adalah batal dan tidak sah. Walaupun syarikat proxy Promenade didakwa membelinya, namun syarikat tersebut tidak boleh bergantung kepada prinsip ‘pembeli niat baik’ (bona fide purchaser) kerana syarikat tersebut adalah proxy kepada Promenade yang terlibat dengan fraud dan sudah pasti perkara ini di dalam pengetahuan mereka.
4. Fraud sebenar jelas kelihatan kerana FIC dan Promenade telah menyalahgunakan kuasa bagi memperolehi tanah tersebut melalui Surat Kuasa Wakil tersebut. Surat Kuasa Wakil mempunyai terma-terma tertentu dan jika ia mempunyai terma kuasa pindahmilik dan bukan sekadar kuasa pembangunan sahaja, sudah pasti elemen fraud telah wujud. Mana mungkin pemilik tanah memberikan kuasa pindahmilik tanpa sebarang balasan duit dan jika ia tidak wujud, Surat Kuasa Wakil tersebut sendiri pun tidak sah.
5. Selain itu, syarikat proxy tersebut bukanlah tergolong di dalam ‘deferred purchaser’ yang membolehkan mereka dilindungi oleh undang-undang sebagai bona fide purchaser. Syarikat proxy tersebut adalah ‘immediate purchaser’ yang tidak layak di bawah undang-undang dipanggil bona fide purchaser di mana mereka memperolehi hak milik tanah tersebut secara langsung daripada FIC melalui transaksi fraud. Prinsip undang-undang terkini ini telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Tan Ying Hong v Tan Sian San pada tahun 2010 yang telah mengatasi kes kontroversi Adorna Properties v Boonsom Boonyanit di dalam menafsirkan peruntukan seksyen 340 Kanun Tanah Negara. Undang-undang kini memberikan hak yang lebih kepada pemilik asal hartanah yang ditipu.
Read More / Baca Lagi >>