Beberapa hari lepas, Wakil Rakyat Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, melakukan kejutan dengan bergambar seolah-olah membawa lori tetapi ajaibnya tanpa kunci di 'starter'. Baca di sini. Semalam, telah tular di laman-laman sosial gambar beliau seperti di atas yang menjunjung beras di atas kepala.
Terdapat beberapa persoalan yang bermain di kepala CTS berkaitan gambar di atas, walaupun CTS telah beberapa kali cuba untuk berfikir positif.
1. Kenapakah si lelaki berlebai di belakang membiarkan seorang perempuan mengusung beras?
2. Miskin sangatkah Pusat Khidmat Masyarakat Rantau Panjang sehinggakan tiada sampan untuk membawa barangan mangsa banjir? Dan soalan cepumas ...
3. Kampit beras berkenaan bukankah sepatutnya dihantar ke pusat pemindahan banjir? Kenapa dihantar ke rumah yang hendak tenggelam? Agak-agak hendak masak di mana?
YB hendak bersessi fotografi atau hendak menolong mangsa banjir?