Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak sekadar berdiam diri berhadapan serangan bertalu-talu dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Beliau hari ini membidas ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa tidak mencerminkan sikap seorang demokrat, sebaliknya mirip diktator.
“Dalam ucapan pembukaan di Perhimpunan Agung UMNO pagi ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa beliau mahu UMNO terus memerintah negara ini, bukan untuk 30 tahun lagi, tapi untuk 1,000 tahun lagi.
“Ini bukanlah mentaliti seorang demokrat, sebaliknya mentaliti Maharaja atau yang mahu menjadi maharaja,” kata Kit Siang dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, seorang demokrat tulen harus menerima apa saja mandat yang diberikan rakyat melalui keputusan pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau mengambarkan ucapan Najib itu seperti diktator Hitler yang pernah menghantui Jerman dan Eropah sewaktu perang dua kedua.
“Pengundi tidak akan gentar dengan kekacauan atau apa saja akibat yang mengerunkan jika mereka mengundi untuk perubahan kerajaan, malah mereka tidak gentar dengan mana-mana kerajaan yang berlagak kononnya mahu memerintah ‘seribu tahun lagi’.
“Pemerintahan Ketiga Nazi (
Nazi Third Reich) yang dipimpin Hitler juga pernah mengimpikan untuk memerintah seribu tahun lagi tetapi akhirnya tersungkur selepas 12 tahun memerintah. Saya tertanya-tanya sama ada Najib akan mengelar Hitler sebagai demokrat,” ujarnya.
Related Posts :
Update RENJER PERHILITAN HILANG 14 HARI DITEMUI SELAMAT >> Berita Malay 18
Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Tarmizi Ahmad Jalil, 30, yang hilang dalam Hutan Simpan Taman … Read More...
Update Kronologi seorang dokter bunuh isteri dan anaknya demi selingkuhannya >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video DR ASRI-Melayu yg MEROSAKKAN melayu] Kamu melayu yang macam mana? Yang lama HAPRAK atau yg baru! TAHNIAH! Dr. Muhammed sbg Penasihat Ekonomi kpd PM & Balakong-'Sudah terlambat, MCA'. >> Berita Malay 18Ahad, 26 Ogos 2018
KAMU MELAYU YANG MACAMANA? YANG LAMA HAPRAK ATAU YANG BARU..
Posted by Kluangman
Suara Rakyat
Suka Ha… Read More...
Update [Video Rafizi Ramli Hentam Umno ''Kalau Tak Dapat Apa, Tak Turun Padang''] PENYEMBAH PEMUJA JO LO MERAUNG... & Mat Sabu mesti teruskan SIASATAN terhadap Hishamuddin. >> Berita Malay 18Ahad, 26 Ogos 2018
PENYEMBAH PEMUJA JO LO MERAUNG.
MAT SABU MESTI TERUSKAN SIASATAN TERHADAP HISHAMMUDDIN
Dalam reaksi awalnya sebelu… Read More...
Update RENJER PERHILITAN HILANG 14 HARI DITEMUI SELAMAT >> Berita Malay 18
Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Tarmizi Ahmad Jalil, 30, yang hilang dalam Hutan Simpan Taman … Read More...