Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata Kimberly Motley tidak mempunyai hak membidas dan mengkritik peraturan penjara di Malaysia.

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley tidak mempunyai hak membidas dan mengkritik peraturan penjara di Malaysia.
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Motley menunjukkan sikap kurang ajar, sombong dan bongkak apabila mempertikaikan larangan terhadapnya.
“Apa ‘locus standi’ dia hendak bidas undang-undang dan peraturan penjara di Malaysia. Kurang ajar, bersikap sombong dan bongkak,” katanya kepada FMT, hari ini.
Semalam, Motley mempertikaikan halangan terhadap beliau untuk bertemu dengan anak guamnya. Bahkan menyifatkan halangan itu tidak wajar.
“Saya terkejut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kerajaan Malaysia enggan membenarkan pertemuan itu.
“Secara asasnya mana-mana orang yang dipenjarakan berhak mendapat akses kepada penasihat undang-undang pilihannya.
“Menolak permintaan saya untuk bertemu Anwar melanggar piawaian antarabangsa mengenai akses keadilan dan memburukkan imej Malaysia,” katanya.
Motley mewakili Anwar sejak 7 September lalu secara pro bono.
Anwar, 70, dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Beliau sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.
Related Posts :
Update [Video Wawancara Khusus Joko Widodo Setelah Menang Quick Count] >> Berita Malay 18Khamis, 18 April 2019
… Read More...
Update Stor rumah Najib berharga RM243,000? RRR1M pun hanya RM65,000 aje Jilaker! Rekod transaksi Ambank Najib terlalu banyak korupsi dengan duit jer..Musibat betoi bekas PM ni [Video Usah sorok transkrip komunikas] >> Berita Malay 18Khamis, 18 April 2019
Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Cantik Dan Simple! Sangat Murah, Hanya RM45,000 je.
Otai BERSIH
Stor saja da… Read More...
Update [Video WOW Jokowi Menang Telak, Prabowo Kalah 3 KALI, Rizieq Gigit Jari] Analisa Kenapa Prabowo Umumkan 3 Kali Menang, Masuk Jebakan? Perihal Post Tertunda Najib dan Admin Najib yang menulis? >> Berita Malay 18
… Read More...
Update ECRL : Hebat Cara Tun Menganjing Lebai Pas.. >> Berita Malay 18
Cara Tun menganjing lebai2 kelarah Kelantan dn Trengganu mmg sngat menyakitkan...
Cuba korang bayangkan, selepas dpt info, Najib nk bua… Read More...
Update Hadi kongsi pertemuan mesra dengan Daim >> Berita Malay 18Hadi kongsi pertemuan mesra dengan Daim: Mereka bertemu ketika pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu ke Terengganu untuk program Bicara Da… Read More...