China mengatakan negara itu mempunyai "alasan munasabah" untuk memperluas pulau-pulau di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian antarabangsa termasuk membina kemudahan radar meliputi kira-kira 290,000 meter persegi, menurut laporan kerajaan terbaru.
Angka itu sama dengan yang dinyatakan sebuah badan pemikir Amerika Syarikat awal bulan ini.
China menjalankan kerja-kerja penambakan di beberapa pulau dan terumbu yang dikawalnya di Laut China Selatan termasuk membina lapangan terbang, sehingga membangkitkan kebimbangan negara jiran dan Washington.
Beijing berkata kerja-kerja itu dilakukan bagi membantu menyediakan perkhidmatan antarabangsa seperti operasi mencari dan menyelamat namun mengakui terdapat juga tujuan ketenteraan.
China juga mengatakan ia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki di wilayahnya, lapor Reuters.
Laporan baru yang disiar di laman web dikendalikan oleh Data dan Perkhidmatan Maklumat Marin Nasional China dan akhbar harian Parti Komunis China di luar negara, mengatakan China telah meningkatkan kehadiran tenteranya di sana dan tindakannya memperluas kawasan itu adalah munasabah.
Selain "radar besar" - tidak jelas jika laporan itu turut merujuk pembinaan lain termasuk kemudahan penyimpanan bawah tanah dan bangunan pentadbiran.
Laporan itu turut menambah terdapat juga peningkatan aktiviti rondaan tentera, namun tidak memberikan butiran lanjut.
Laporan itu dikeluarkan Jumaat lalu namun disiarkan dalam akhbar kerajaan, Global Times pada Isnin.
Walaupun perhatian di Asia terganggu oleh krisis nuklear Korea Utara tahun lalu, China terus membina radar frekuensi tinggi dan kemudahan lain yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan di pulau-pulau buatannya di Laut China Selatan, kata badan pemikir Amerika Syarikat bulan ini.
Laporan yang disedikan oleh Inisiatif Transparensi Maritim Asia bagi Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Washington, berkata aktiviti China turut melibatkan kerja-kerja membina kemudahan meliputi 29 hektar kepulauan Spratly dan Paracel - wilayah yang menjadi rebutan beberapa negara Asia.
Laut China Selatan merupakan laluan bagi aktiviti perdagangan antarabangsa yang dinilai lebih AS$ 5 trilion setiap tahun.
Selain tuntutan China di kawasan itu, Vietnam, Malaysia, Brunei, Filipina dan Taiwan turut membuat tuntutan sama.