Keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia membuatkan keputusan menggugurkan Khairul Hafiz Jantan yang terkenal dengan julukan ‘The Speedy Jantan’ daripada beraksi dalam kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 yang diadakan di Birmingham, England dari 1 hingga 4 Mac depan.
Raja pecut yang pernah mencatatkan larian dalam acara pecut 100m lelaki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam masa 10.38 saat sehingga melayakannya mendapat pingat emas meluahkan rasa kecewa kerana pelbagai persediaan telah dilakukan dan dia berpendapat pelari pecut sepertinya perlu beraksi untuk larian 60 meter.
Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim telah mengumumkan pelari lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail yang akan menyertai kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 akan datang.
Nama Khairul Hafiz tidak tersenarai berikutan keputusan telah dibuat ekoran jurulatih Khairul Hafiz tidak memberikan kata putus sehingga tarikh tutup pendaftaran 1 Disember lalu.
Mohd Poad Md Kassim selaku jurulatih Khairul Hafiz memberitahu anak didiknya itu tidak disenaraikan ke Birmingham kerana akan menyertai Kejohanan Pra Sukan Asia 2018 di Indonesia, Februari depan.
Namun Khairul Hafiz Jantan percaya bukan rezekinya kali ini untuk beraksi di Birmingham dan tidak akan berputus asa kerana hal ini.
Menurut Karim lagi penyertaan Muhammad Hakimi melalui tiket ‘wildcard’ akan terbatal sekiranya terdapat atlet Malaysia yang layak secara merit ke kejohanan itu sebelum tarikh tutup 19 Februari ini.
Sumber: Harian Metro Editor: Nsuhaili
Related Posts :
Update [Video Armed attack on mosque in New Zealand | Nine News Australia] Serangan masjid di Christchurch, rakyat Malaysia cedera. >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Mac 2019
Serangan masjid di Christchurch, rakyat Malaysia cedera
Seorang rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sebu… Read More...
Update [Video SERANGAN PENGANAS DI MASJID CHRISTCHURCH] Serangan masjid di New Zealand: 40 terbunuh, beberapa lagi cedera >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Mac 2019
Serangan masjid di New Zealand: 40 terbunuh, beberapa lagi cedera
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam in… Read More...
Update [Video MENGAPA HANYA GUAN ENG YANG DISIASAT MENGHASUT?] Umno sedia jual kepentingannya dalam Media Prima kerana memerlukan 'bekalan' untuk terus bernafas. >> Berita Malay 18Jumaat, 15 Mac 2019
Jom Channel
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mahu polis menyiasat Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan ahli … Read More...
Update Adakah 'Funfest' Akan Diteruskan Esok Tanpa Menunggu MB Johor Yang Sedang Bercuti Di Batam? >> Berita Malay 18
Mangsa pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim sudah meningkat kepada 3,555 orang berbanding semalam 2,775 orang. Dalam pada masa yang sama… Read More...
Update Serangan masjid di New Zealand: 40 terbunuh, beberapa lagi cedera >> Berita Malay 18Serangan masjid di New Zealand: 40 terbunuh, beberapa lagi cedera: Difahamkan bahawa insiden tembakan itu berlaku di sekurang-kurangnya enam… Read More...