Menurut laporan sebuah akhbar Singapura, pelupusan aset 1MDB kepada sebuah syarikat China telah membantu mengumpul dana untuk membayar hutang syarikat pelaburan itu yang berjumlah AS$602.7 juta kepada IPIC yang perlu dijelaskan sebelum hujung tahun ini.
Sebetulnya saya sudah menulis mengenai perkara ini dalam posting bertajuk "BERITA MENARIK YANG TIDAK MENARIK" pada 21 Disember lalu sebaik dilaporkan 1MDB telah menjelaskan hutangnya kepada IPIC lebih awal daripada tarikh 31 Disember sebagaimana yang ditetapkan.
Ditulis dalam posting tersebut bahawa dengan lengkapnya pembayaran oleh 1MDB kepada IPIC itu, bermakna secara rasminya lenyap dan lupuslah wang yang tersalah bayar kepada syarikat Aabar palsu sebelum ini.
Dengan itu, ia sekaligus adalah berita sedih buat kita semua kerana duit yang tersalah bayar itu akan kekal hilang buat selama-lamanya.
Selain itu, dengan adanya bantuan daripada syarikat China kali ini, setelah bayaran pada Julai lalu tertangguh selama sebulan dan kemudian dikenakan bayaran tambahan AS$50 juta, secara tidak langsung memungkinkan penguasaan negara itu pada skala yang lebih besar dalam prospek ekonomi negara selepas ini.
Posting penuh tulisan berkenaan boleh dibaca di sini - http://ift.tt/2kBnmxf
Apakah China SeChina-Chinanya akan terus menguasai negara kita sekiranya Najib, UMNO dan BN terus berkuasa?