Seramai 350 pelajar dari Dun Sungai Lembing menerima bantuan persekolahan dengan jumlah keseluruhan RM70,000 tajaan Yayasan Pahang.
Adun Sungai Lembing, Dato' Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, bantuan RM200 setiap seorang itu sebagai inisiatif meringankan beban keluarga kurang mampu.
Menurutnya, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat.
“Semua penerima terdiri daripada pelajar dari 14 sekolah di Dun Sungai Lembing dan anak Pahang.
“Peruntukan ini diuruskan Yayasan Pahang dengan pihak sekolah,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Anak Pahang oleh Yayasan Pahang, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Goh, Mat Zahari Deraman.
Md Sohaimi berkata, bantuan akan dihulurkan kepada yang layak tanpa kira latar belakang politik.
Justeru, beliau berharap penerima memanfaatkan bantuan yang diterima untuk sediakan peralatan sekolah.
Sementara itu, Muhammad Ismail Awi, 14, dari Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Bukit Sagu berkata, dia akan menggunakan wang bantuan bagi membeli pakaian dan kasut sekolah.
Pendapat sama turut di nyatakan Nur Arifah Najihah Mohd Fazeri, 13, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Goh.
Anak ketiga dari lima adik beradik berkata, bantuan itu dapat meringankan beban keluarganya.
Related Posts :
Update [Video Mahkamah Gantung Arahan ROS Bubar Sementara PPBM & PPBM kini 'sah' tapi masih mahu guna simbol PKR] Jom Balik Undi untuk 1,000,000 Peluang Pekerjaan Berkualiti. >> Berita Malay 18Selasa, 24 April 2018
Pakatan Harapan
Suka Halaman Ini · 19hb April ·
Jom Balik Undi untu… Read More...
Update [Video CALON MELAYU DAP Pasumno (Pas & Umno) meracau-racau? PH akan MENIGKATKAN KUALITI PEKERJAAN UNTUK ORANG MUDA & Mengutamakan pekerja tempatan, serta mengurangkan 2 juta pekerja asing secara berperingkat. >> Berita Malay 18Selasa, 24 April 2018
TINGKATKAN KUALITI PEKERJAAN UNTUK ORANG MUDA
Perdana Menteri sementara Najib Razak pada 20 April 2018 melancark… Read More...
Update PERANG KEM AZMIN - WAN AZIZAH SUDAH TIDAK DAPAT DISOROK LAGI >> Berita Malay 18
Selama beberapa tahun kebelakangan ini, PKR sedaya upaya menyorok masalah dalaman parti mereka terutamanya selepas Ketua Umum PKR, Da… Read More...
Update PERANG KEM AZMIN - WAN AZIZAH SUDAH TIDAK DAPAT DISOROK LAGI >> Berita Malay 18
Selama beberapa tahun kebelakangan ini, PKR sedaya upaya menyorok masalah dalaman parti mereka terutamanya selepas Ketua Umum PKR, Da… Read More...
Update [Video SPR KENCING? Nurul Izzah Anwar Melawat 6000 Pengundi BARU@HANTU Lembah Pantai?] Nurul Izzah tanding Permatang Pauh & Pakatan Harapan akan memastikan pertumbuhan ekonomi negara berjalan lebih rancak. >> Berita Malay 18Selasa, 24 April 2018
Parti Keadilan Rakyat
Suka Halaman Ini · 7 jam ·
Pakatan Harapan akan memastikan pe… Read More...