Penahanan anggota terbabit di sempadan kerana disyaki memasuki Syria secara haram ekoran anggota UNIC tidak sedar terdapat satu cop dipassport mereka yang meminta mereka merujuk mana-mana balai polis yang berdekatan dalam masa terdekat.
Kumpulan UNIC ini juga menyatakan bahawa penahanan ini disebabkan Stabilizers yang dibawa juga disyaki seperti senjata, selain memakai pakaian seragam Muslim Care.
Menurut Presiden Malaysia Care, perkara yang dialami oleh kumpulan UNIC adalah prosedur biasa yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa.
Permohonan maaf dari pihak UNIC kerana kelewatan mereka memaklumkan keadaan mereka disana yang telah selamat tiba di Istanbul, Turki.
Januari tahun depan, kumpulan UNIC sekali lagi akan bekerjasama dengan Malaysia Care bagi misi bersama-sama kumpulan NGO Muslim Care Malaysia untuk melawat sekolah Muslim Care di Reyhanli, Hatay. Sumber: Berita Harian Editor : Nsuhaili