Mohamed Khaled Nordin berkata tuduhan itu yang terkandung dalam dokumen SPRM yang bocor adalah 'berniat jahat'.
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menafikan menerima suapan wang berjuta ringgit seperti terkandung dalam dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibocorkan dalam sebuah laman web baru-baru ini.
“Pentadbiran saya tidak menerima apa-apa suapan, tidak akan menerima apa-apa suapan dan akan menentang segala usaha untuk memberi apa jua bentuk suapan,” kata beliau dipetik Bernama ketika sesi penggulungan di DUN Johor hari ini.
Khaled berkata tuduhan itu berniat jahat untuk memalukan nama baik secara peribadi dan kepimpinan kerajaan negeri.
Sebelum ini, SPRM membuat laporan polis untuk menyiasat sebuah laman web yang memuat naik kandungan penuh dokumen setebal lebih 100 muka surat, berkenaan siasatan terhadap bekas exco perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Abdul Latif Bandi.
Latif disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, dalam skandal melibatkan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera melibatkan beberapa pemaju di Johor.
April lalu, Latif didakwa atas 33 pertuduhan bersuhabat bersama seorang juru runding hartanah melibatkan wang suapan RM30.3 juta.
Related Posts :
Update Najib: Bila masa saya, Umno tuduh polis curi wang dari Pavilion Residence >> Berita Malay 18Najib: Bila masa saya, Umno tuduh polis curi wang dari Pavilion Residence: Najib mengulas kenyataan Amar Singh yang menyebut jumlah yang dir… Read More...
Update [Live #UNGA73 General Debate - 28 September 2018 (Friday)] Malaysia, H.E. Mr. Mahathir bin Mohamad, Prime Minister >> Berita Malay 18
… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/09/update-video-siri-7-bicara-najib-razak.html">Update [Video (SIRI 7) BICARA NAJIB RAZAK: Tahanan Azeez Rahim oleh SPRM] Bantuan Van Jenazah "Bani melayu tak rase malu ke dgn pakcik cina ni" & Najib: Bila masa saya, Umno tuduh polis curi wang dari Pavilion Residence. >> Berita Malay 18Jumaat, 28 September 2018
Yus Iman
2 jam
Bani melayu islam tak rase malu ke dgn pikcik Cina ni,
ORANG BERGAMBAR DENGAN FE… Read More...
Update Saya kini diserang hebat, kata Anwar - Nasional - Sinar Harian >> Berita Malay 18Saya kini diserang hebat, kata Anwar - Nasional - Sinar Harian
… Read More...
Update [Video United Nations LIVE & Dr Mahathir arrives in New York for UNGA] Skandal 1MDB Polis akan panggil Najib & Rosmah! Adakah mereka nanti berbaju ungu? ADUN Chenderoh kemalangan nak ke PAU 2018 & Idea KERAJAAN PERPADUAN hanya helah Zahid untuk elak dihentam dalam PAU2018. >> Berita Malay 18Jumaat, 28 September 2018
SEORANG pelacur (kiri) bertindak melondehkan seluarnya selepas bengang gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke l… Read More...