Koordinator Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan mengapakah Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak menahan dan menyiasat Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu dalam kes skandal Felda.
Katanya, PM paling korup inilah yang mesti disoal siasat terlebih dahulu dan selepas itu barulah disiasat pegawai-pegawai Felda yang lain.
“Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri paling korup yang sedang memimpin kerajaan kleptokrasi yang amat pakar dalam bidang gadai pelbagai hartanah strategik serta syarikat-syarikat milik kerajaan pada orang luar.
“Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti beri pencerahan ataupun menyatakan pendirian dua badan ini terhadap Perdana Menteri paling korup dalam isu kes skandal Felda,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
Kata beliau, pemimpin-pemimpin serta parti Umno lah yang sedang mengkhianati bangsa, agama dan tanahair tercinta ini.
“Segala-galanya digadaikan pada orang luar ataupun kuasa asing. Ini adalah pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.
“Yang menggadai segala-galanya adalah Umno serta BN bukan parti DAP,” tambah beliau.
Kata beliau, masyarakat Cina selaku warganegara yang sah serta parti DAP yang keahlian terdiri daripada rakyat Malaysia yang sah dicemuh ataupun difitnah bagi menakut-nakutkan masyarakat Melayu.
Tetapi negara China yang mengamalkan fahaman komunis disanjung serta dijunjung oleh kerajaan kleptokrasi yang ditunjang kepimpinannya oleh Umno, katanya.
Khairuddin berkata, Ketua Polis Negara mahupun Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak boleh memandang sepi dalam hal untuk menyiasat Najib Tun Razak.
“Bagi saya, selaku perdana menteri yang menjaga Felda juga, Najib Tun Razak mesti ditahan seterusnya disiasat oleh kedua-dua badan penguatkuasa undang-undang ini.
“Najib tidak boleh dilepaskan begitu saja. Saya yakin tanpa arahan dan kelulusan daripada orang paling atas, kesemua pegawai yang berkhidmat dengan Felda tidak berani bertindak untuk menggadai aset-aset strategik Felda secara sewenang-wenangnya,” katanya.
Related Posts :
Update [Video Buat ape pun dia dah tak kena sekarang ni & NAJIB TERDESAK!] Awas, Umno datang dengan SPAM...Ayuh kita bakulsampahkan begitu saja. >> Berita Malay 18Rabu, 6 Disember 2017
Awas, Umno datang dengan SPAM
APAKAH yang kita lakukan dengan spam, yang selalu masuk melalui peti e-mel? Tengo… Read More...
Update [Video Oh, 'Parti Agama'! 1MDB BUKAN NYAMUK & Anak Muda CARI JHO LOW~Tangkap Dan Bicara Ke Makhamah] Anak muda semakin berminat dengan AMANAH & Tiada istilah rehat, demi memperjuangkan Islam sebagai rahmat ke sekian alam. >> Berita Malay 18Rabu, 6 Disember 2017
Malam tadi Kaunter Keahlian Amanah dibuka di program Malam Kesenian Pemuda Pakatan Harapan Jelebu.
Seramai 3… Read More...
Update 10 Perkara UMNO MESTI BUAT untuk MENANG PRU14 >> Berita Malay 18
SEBAGAI sebuah parti Melayu terbesar dan juga pemerintah, maka sudah tentu setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ini menjadi tumpu… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/12/update-video-awas-akan-berkatalah-cucu2.html">Update [Video Awas! Akan berkatalah cucu2 kita nanti, "Inilah bencana yg dibuat atuk2 kita"! Cash Is King, Pegangan Najib Rosakkan Negara ] Lagi SPR buat kerja ‘gila’ daftar pengundi di kuarters kem tentera belum siap di Bera pula. >> Berita Malay 18Rabu, 6 Disember 2017
Kenyataan Media
5 DISEMBER 2017
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Gagal Menegakkan Integriti Pilihan Raya Dalam Si… Read More...
Update Karikatur memalukan pemimpin2 PH di P. Agong UMNO... >> Berita Malay 18
Beberapa jam sebelum persidangan tahunan Umno bermula sudah dapat dibayangkan arah mana ucapan dan perbahasan para perwakilan itu dalam me… Read More...