KUALA LUMPUR - Demi memastikan survival perjuangan Umno akan kekal relevan, semua ahli Umno perlu memahat tiga azimat bagi memenangi PRU14.
Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menekankan setiap ahli perlu melupakan soal peribadi sebaliknya mengutamakan parti.
“Saya tahu ada bahagian yang bermasalah, ada yang masam muka, tak bertegur sapa pun saya tahu.
“Pakat-pakat boleh tak? Semua dah angkat sumpah, dah berikrar.. jangan sampai kena makan sumpah pula,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno 2017, sebentar tadi.
Beliau berkata, setiap ahli tidak boleh berasa ragu-ragu dengan Umno dan yakin dengan setiap yang dilakukan.
“Kita sudah sedia sepenuhnya. Soal pokok (utama) dah selesai. Jawatan nombor satu, dua dan ketiga, Naib Presiden dah selesai.
“(Datuk Seri) Hishamuddin nombor tiga.., yang kecil-kecil (bahagian) tu pakat-pakat la. Tolong selesaikan, tak banyak dah ni, tolong selesaikan dalam kekeluargaan Umno,” katanya.
Beliau berkata, dengan semangat cinta dan kasih yang kental pada parti, setiap keputusan (calon) perlu diakui.
“Kita kena sayangkan parti. Jadi calon atau tidak, bukan keputusan hati, tetapi parti.
“Kalau saya suka, tapi parti tak suka, tak lepas. Terimalah keputusan itu nanti. Kita pilih yang boleh menang dan bawa kejayaan pada parti,” ujarnya.
Najib turut berkata, setiap ahli perlu berperang dan bergempur dengan berani untuk BN agar boleh menang besar.
“Semua momentum sekarang ini memihak kepada kita. Kebanyakan pegawai kerajaan juga sudah bersama kita.
“Terima kasih kepada pelaksana dasar, (Ketua Pegawai Eksekutif) CEO syarikat GLC yang sokong kita.
“Dulu professional tak sokong, sekarang mereka dah yakin dengan BN,” katanya.
Mengakhiri ucapannya, Najib berkata, semua ahli perlu memegang azimat ini bagi memastikan Putrajaya tetap menjadi milik BN.
“Sekali musuh menyerang… kita lawan. Matlamat Umno dan BN, kita akan terus genggam erat dan pastikan kita menang.