Ia berikutan pertambahan ruang pejabat baharu manakala tahap penghunian rendah dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Menurut “Indeks Sewa Pejabat Utama Asia Pasifik Untuk Suku Ketiga (Q3) 2017” oleh perunding hartanah global, Knight Frank, sewa pejabat utama merosot 0.4% pada suku ke-3 (Q3) berbanding suku sebelumnya.
“Memandangkan semakin banyak ruang pejabat baru yang siap di tengah-tengah permintaan yang lemah, keseluruhan kadar sewa dan penghunian akan terus menerima tekanan.
“Dalam pasaran yang dipimpin oleh penyewa ini, pemilik terus fleksibel apabila mereka berusaha mengekal dan meningkatkan penghunian bangunan mereka,” kata Pengarah Eksekutif Korporat Knight Frank Malaysia, Teh Young Khean dalam satu kenyataan hari ini.
Sebaliknya, sewa pejabat utama di Singapura meningkat untuk kali pertama sejak akhir 2014, walaupun kadar kekosongan terus meningkat lebih 15% disebabkan peningkatan besar penawaran dalam 2 suku terakhir.