"Inilah peluangya bagi ahli-ahli Umno mengutarakannya kepada presiden, untuk menunjukkan yang mereka ada inisiatif untuk mempertahankan masyarakat," katanya.
Santiago mengulas ucapan Session pada Global Forum on Asset Recovery semalam, yang mana beliau berkata "harta yang dirampas dan ditahan itu berjumlah AS$3.5 bilion, tetapi hampir separuh daripada jumlah itu berkait dengan satu tindakan penguatkuasaan sahaja – 1MDB".
"Jabatan Kehakiman (DoJ) AS sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa skim ini, " kata Session.
Kenyataan Session itu kata Santiago, menunjukkan skandal 1MDB adalah siasatan antarabangsa dan ini tidak boleh dielakkan ahli Umno.
"Kalau tidak, ia akan jadi perhimpunan lawak, sebab ahli Umno lebih bijak. Mereka boleh nampak masalah di lapangan, dan saya rasa ini tanggungjawab mereka untuk mengutarakan perkara ini kepada pemimpin mereka kerana ia menjejaskan mereka juga.
"Secara keseluruhan, ia menjejaskan rakyat Malaysia melalui cara yang yang besar, contohnya, kita nak bawa masuk ubat, harga ubat naik disebabkan kejatuhan kadar pertukaran. Tengok saja kenaikan harga makanan," katanya.
Tambah beliau lagi, kenyataan Sessions itu adalah peringatan yang tepat pada masanya kepada kerajaan Malaysia untuk menangani skandal 1MDB, daripada berulangkali mengatakan wang firma negara itu tidak hilang.
"Pegawai kerajaan AS tertinggi pada satu persidangan antarabangsa telah mengatakan secara terbuka bahawa 1MDB adalah kleptokrasi yang paling parah," katanya.