Pemimpin UMNO yang telah beralih arah kepada pembangkang bukanlah ancaman kepada parti Melayu itu.
Menurut Naib Presidennya, Dato' Sri Hishammuddin Hussein, UMNO telah bergerak ke hadapan dan bekas pemimpin parti itu tidak memberikan ancaman walaupun menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Walaupun ada pemimpin utama yang menyertai barisan pembangkang namun ia tidak memberi ancaman kepada kita.
“Ini kerana kita telah berubah dengan menyesuaikan apa yang dilakukan dahulu dengan landskap hari ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Beberapa pemimpin utama Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohammad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal telah meninggalkan UMNO dan menjadi pembangkang.
Hishammuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO juga berkata, dalam melaksanakan transformasi dalam UMNO, pihaknya juga berhadapan dengan cabaran menyediakan anggota-anggota dan dan jentera parti.
“Dan keberkesanan proses ini hanya akan diketahui sewaktu pilihan raya nanti,” katanya.
Related Posts :
Update JUMPA BALIK LEBIH RM3,000 DUIT LAMA >> Berita Malay 18
Kuala Pilah – “Lailahaillallah, memang tak ingat masih ada tersimpan duit lama. Tak sangka, ia masih elok,” kata Siti Sulaiman ketika d… Read More...
Update JUMPA BALIK LEBIH RM3,000 DUIT LAMA >> Berita Malay 18
Kuala Pilah – “Lailahaillallah, memang tak ingat masih ada tersimpan duit lama. Tak sangka, ia masih elok,” kata Siti Sulaiman ketika d… Read More...
Update [BN MAKIN MENGGIGIL] Kunjungan sulung Dr M ke S'wak sebagai pembangkang >> Berita Malay 18
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menyampaikan ceramah pertamanya di Sarawak sejak keluar Umno, Ahad ini.
Pengerusi Pak… Read More...
Update VIDEO: Hebat ! Moment menakjubkan berlaku melibatkan beberapa pekerja asing >> Berita Malay 18
22/9/17
Sekumpulan pekerja asing segera bantu sebuah kereta yang tergelincir (Foto: The Star)
SINGAPURA - Sebuah momen aksi so… Read More...
Update KENAPA PAKAI ORANG PENCEN JUGA? ADAKAH PEMIMPIN2 UMNO SELANGOR SEDIA ADA TAK CUKUP WIBAWA? >> Berita Malay 18
UMNO Selangor, seperti yang disebut oleh Noh Omar semalam, akan menggabungkan tenaga tiga bekas Menteri Besar dalam usaha merampas kembali … Read More...