Cadangan yang diberikan MB Perlis ini bukan penyelesaian kepada permasalahan yang sedang menghimpit kehidupan rakyat terutama golongan pertengahan dan bawah, sebaliknya menambah tekanan kepada mereka.
MB Perlis perlu sedar bahawa ramai rakyat ketika ini sudah membuat lebih daripada satu pekerjaan malah ada di kalangan mereka terpaksa melakukan sehingga tiga pekerjaan dalam satu masa bagi menampung kehidupan seharian mereka terutama yang sudah bekeluarga.
Bayangkan golongan yang tidak mempunyai keupayaan fizikal sama ada kerana faktor tua atau kurang upaya.
Data jumlah penerima BR1M sejak ia mula diperkenalkan adalah bukti bahawa jumlah mereka yang dikategorikan layak menerima bantuan tidak semakin berkurangan.
Sebaliknya jumlah kelayakan yang tinggi menunjukkan majoriti isi rumah sangat terkesan dengan kenaikan harga barangan dan kos kehidupan yang tinggi, khususnya selepas pengenalan GST dan keghairahan kerajaan berbelanja besar menambah hutang (rujuk lampiran).
Adakah MB Perlis sedar betapa kebanyakan mereka ini tidak mampu memiliki tanah? Ini tentulah berbeza dengan segelintir pemimpin UMNO-BN, termasuk di Perlis, yang melimpah ruah kekayaannya selepas aktif berpolitik. Saya tidak terkejut jika satu hari nanti terbukti ada pemimpin UMNO-BN di Perlis yang pemilikan tanahnya lebih besar daripada kebanyakan rakyat di Perlis. Malah, tidak mengejutkan jika ada pemimpin UMNO-Perlis yang kekayaannya lebih daripada hasil yang dipungut oleh kerajaan negeri Perlis dalam setahun.
Read More / Baca Lagi >>