Puluhan ribu pemegang saham terdiri daripada masyarakat India tidak mendapat pulangan pelaburan dalam skandal 1980-an itu.
PETALING JAYA: PKR hari ini menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kehilangan saham Maika Holdings Berhad (Maika Holdings), sebuah anak syarikat MIC yang terpalit dengan skandal melibatkan dana bernilai lebih RM100 juta yang dilaburkan masyarakat India.
Ini kerana ramai pemegang saham syarikat itu tidak mendapat pulangan pelaburan dan kebanyakannya kehilangan wang mereka, kata Exco Pemuda PKR, A Kumaresan.
“RM106 juta daripada hampir 66,400 pemegang saham yang terdiri daripada pekerja ladang dan kumpulan berpendapatan rendah melaburkan wang ke dalam saham ini dengan mengeluarkan simpanan dan mengutip barang kemas keluarga mereka.
“Bagaimanapun, pegangan saham Maika tidak dilaksanakan seperti yang diharapkan,” kata Kumaresan.
Maika Holdings ditubuhkan pada 1982 oleh presiden ketika itu, Tun Samy Vellu, bagi membolehkan kaum India mendapat bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara dan membantu meningkatkan taraf hidup.
Bagaimanapun, Kumaresan berkata ada pelabur yang muflis kerana tidak dapat membuat bayaran pinjaman di bank untuk membeli saham.
“Kami menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat punca kehilangan saham Maika,” katanya
Related Posts :
Update UM VC should be sacked for supporting Najib's gangster... >> Berita Malay 18
UiTM VC - Prof Dr Mohd Azraai Kassim
UiTM Defends UM Students...
In a surprise twist, Universiti Teknologi Mara (UiTM) becomes the … Read More...
Update Najib Kantoi Jual Hartanah Negara Di Hong Kong.. >> Berita Malay 18
BANGUNAN KONSULAT DI HONG KONG: INI FAKTA-FAKTA DI SEBALIK KEKECOHAN
Najib tuduh kerajaan jual aset milik kerajaan di HK. Hakikatnya, d… Read More...
Update [Video Tahniah Umno berjaya didik Hadi] Hormat, Tun! Solidarity for peace, PH is the right choice & Ma kasih DAP..Yg Pas ni plak tiba2 jadi bisu? Nasib baik la ada PH. >> Berita Malay 18Rabu, 27 Mac 2019
Otai BERSIH
DUA NEGERI ENTA PERINTAH DAH TUNAIKAN?
Pas perlu bersyukur atas pulangan royalti minyak ph, bukan asyi… Read More...
Update Demi Pakatan Harapan, Berkorbanlah Membayar Yuran Asrama UiTM >> Berita Malay 18
Alhamdulillah, berkat istiqamah Ibu Bapa yang mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU14 yang lepas, mereka kini dapat menyumbang kepada K… Read More...
Update [Video Teguran Dr M harus diambil berat - Anwar] Musuh baru Pas BURUNG MERPATI PUTIH & Bahasa paling mudah, SAH PAS TERIMA RM90 JOTERR DARI UMNO... >> Berita Malay 18Rabu, 27 Mac 2019
KiniTV
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semua Menteri dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengambil berat teg… Read More...