Pendakwah terkenal Ustaz Wan Ji Wan Hussin berkata, ketika rakyat Pulau Pinang sedang menerima bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM700, kenyataan Presiden Pas bahawa rakyat negeri itu sedang keperitan adalah amat jelas merupakan sesuatu pembohongan.
“Hatta Presiden PAS sendiri, cuma pihak kerajaan menetapkan agar sebarang ceramah tidak membawa sebarang elemen permusuhan, fitnah dan merosakkan Imej Islam seperti perkauman. Kerajaan Negeri selalu tawarkan pendekatan rahmat sekelian alam agar diterapkan di semua masjid dan surau di sekitar Pulau Pinang,” katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui aplikasi Facebook.
Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah negeri di Malaysia, Pulau Pinang tidak menyenaraikan nama-nama penceramah agama tertentu supaya dihalang berdakwah di Pulau Pinang.
“Nama-nama besar seperti Dr Maza, Dr Rozaimi Ramli, Dr Danial Zainal Abidin, Ustaz Hussin Yee, malahan sebarang guru daripada Aliran Asya’irah juga dibenarkan seperti Ustaz Shahul Hamid yang sejak sekian lama berdakwah di Pulau Pinang.
“Malahan, di kebanyakan masjid dan surau di Pulau Pinang masih banyak ceramah ustaz-ustaz Pas, walaupun kadangkala ucapan mereka penuh dengan fitnah dan dakwaan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>