SHAH ALAM - Seorang lelaki mengalami nasib malang selepas pengecas telefon bimbit yang sedang digunakan terbakar di rumahnya di Dataran Automobil, Seksyen, 15.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, mangsa dikatakan sedang mengecas telefon bimbitnya di atas tilam di dalam bilik, kata Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria.
Mangsa kemudiannya melihat percikan api dari pengecas telefon bimbit berkenaan dan percikan tersebut terkena pada tilam.
"Percikan tersebut telah menyambar tilam mangsa dan dia cuba untuk memadamkan api itu namun tidak berjaya kerana bahan tilam mudah terbakar.
"Mangsa kemudiannya terus menghubungi pihak polis dan bomba kerana api semakin marak dan merebak manakala punca kebakaran dipercayai dari litar pintas," katanya.
Pihaknya juga mengambil masa selama kira-kira 25 minit bagi memastikan api tersebut padam spenuhnya, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Azmel Kamaruddin.
Kebakaran tersebut telah membabitkan beberapa kawasan antaranya ruang tamu serta bilik, katanya.
Katanya lagi, "pihak bomba juga turut melakukan pemantauan selepas api dipadam kerana mahu memastikan tiada nyalaan semula." Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha


Related Posts :
Update [Video Benarkah ROS bagi kebenaran pada Umno? - Muhyiddin] RoS patut isytihar Umno haram 19 April, kata peguam Dr Mahathir & KALAU TAK! Najib dah bolek balik rumah dia di Pekan. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Ust Che Ibrahim-PAS DIPENUHI OLEH ORANG TAK HABIS MENGAJI] Undi Orang Asli penentu kemenangan PH di Pahang. >> Berita Malay 18Khamis, 1 Mac 2018
Sebahagian penduduk di Perkampungan Gumum yang mendengar amanat Mahathir.
Undi Orang Asli penentu kemenangan … Read More...
Update KWSP sangkal dakwaan Sarawak Report >> Berita Malay 18
Wartawan Sinar Harian
1 Mac 2018
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyangkal keras dakwaan port… Read More...
Update [Video APA RAKYAT PAHANG DAPAT?] 230 Orang Asli Temiar Kelantan sertai DAP & PH mahu lantik Orang Asli sebagai Timbalan Menteri, mansuh JAKOA. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Kapal dah dirampas, Jho Low di mana? Helah 1MDB Pindah Hutang Kepada Rakyat!] Torbaikk, Akhbar dari Ponorogo! Utusan, RTM, TV3, BH, TV2, Friends Of BN, MyKMU, tentera Siber Samsung A9...SEMUA JADI SENYAP? >> Berita Malay 18Khamis, 1 Mac 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 6 jam ·
Utusan Malaysia, RTM, TV3, Berita Har… Read More...