Update PKR kena berwaspada terima wakil rakyat PAS... >> Berita Malay 18

Ketika PAS mengingatkan penyokongnya serta orang ramai mengenai bahaya fitnah, seorang bekas pemimpin parti itu pula menasihati PKR yang dilaporkan bersedia menerima wakil rakyat yang didakwa mahu mengubah wadah masing-masing.
Menurut Hanipa Maidin PKR perlu berhati-hati jika ada wakil rakyat PAS yang menyatakan hasrat mahu menyertai parti berkenaan.
Bekas pengerusi lanjah undang-undang PAS itu menjelaskan antara risiko yang perlu didepani PKR jika mengambil wakil rakyat terbabit ialah kemarahan pengundi.
"Takut nanti ada pengundi yang rasa parti suci itu itu macam barah atau kudis buta yang berbahaya serta boleh berjangkit. Jadi saya rasa mungkin ada orang yang anggap wakil rakyat terbabit pembawa penyakit itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Istilah "parti suci" dinyatakan Hanipa itu merujuk kepada PAS.
Minggu lalu The Malaysian Insight mendakwa akan berlaku "gelombang kedua" kemasukan pemimpin dan anggota PAS di Selangor.
Memetik kenyataan sumber tidak dinamakan, perkembangan itu dakwa portal terbabit berlaku menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Perpindahan itu juga didakwa membuka ruang buat anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS terus dicalonkan dalam PRU menggunakan tiket PKR.
Bak harimau terluka
Bagaimanapun laporan itu segera dinafikan PAS. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad misalnya menegaskan tidak ada mana-mana ADUN parti itu akan melompat parti.
"Pada saya ia adalah khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi PRU yang dijangka kurang dari tiga bulan dari sekarang.
"Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli agar mereka hilang tumpuan," katanya pada 23 Dis lalu.
Berita ADUN melompat ini bukanlah sesuatu yang baru. Apabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib membuat pusingan U dengan kembali kepada Umno pada 17 Sept lalu, spekulasi mengenainya juga diperkatakan.
Sementara itu Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi, dilaporkan menyambut baik jika ada ADUN PAS di negeri itu ingin menyertai PKR.

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :