Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pasukan itu ditubuhkan sehari selepas laporan polis dibuat Felda pada 12 Disember lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan, iaitu penipuan serta pemalsuan dokumen.
“Selepas laporan diterima, kami membuka satu kertas siasatan serta menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan siasatan,” katanya selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Polis Diraja Pulau Pinang, malam tadi.
Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan memanggil bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan.
“Saya difahamkan beliau tiada di dalam negara ketika ini. Jadi, bila (beliau) dah balik, polis akan ambil keterangan daripadanya.”
Beliau berkata, pihaknya juga akan memanggil beberapa pihak lain untuk diambil keterangan.
“Selepas selesai rakam percakapan, kita akan lihat mana arah tuju kes tersebut.”
Kelmarin, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas kawasan strategik yang dianggarkan bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata, Felda bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanah itu, termasuk membuat laporan polis pada 12 Disember lalu.
Related Posts :
Update Rakyat Kena Bayar Kamera AES, Rakyat Juga Kena Saman Dengan AES >> Berita Malay 18
Menteri Pengangkutan ketika mengesahkan harga AES di media sosial Twitter berkata, RM200,000 adalah anggaran sahaja dan ianya ditanggung … Read More...
Update Gagal padam dakwaan Sarawak Report tragedi malang, kata Husam >> Berita Malay 18
Husam Musa |
Malaysiakini 3 Feb 2019
ULASAN | Takziah. Kepada siapa sena… Read More...
Update Pantau jualan pil minda di sekolah >> Berita Malay 18
Imej via Utusan Borneo
KUCHING: Pihak berkaitan perlu membendung penjualan pil minda kepada pelajar sekolah, khususnya melibatkan … Read More...
Update [Video Kenapa Hadi TARIK BALIK SAMAN SR] Ya, ana ambil duit Umno...Enta tahu. Ana pun tahu. Sekarang biar semua orang tahu hu hu huu! Laskar maya pro kerajaan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan! >> Berita Malay 18Ahad, 3 Februari 2019
Dapat Duit...tukar Kereta Mercedes Benz.
Kami Viral
Seperti wirid Najib Razak sekarang, ‘Malu apa bossku?’ Mengaku … Read More...
Update [Video SERONOKKAH MEMFITNAH DI ATAS MIMBAR?] Gagal padam dakwaan Sarawak Report tragedi malang, kata Husam. >> Berita Malay 18Ahad, 3 Februari 2019
TS.
Gagal padam dakwaan Sarawak Report tragedi malang, kata Husam
Takziah. Kepada siapa senandung takziah ini… Read More...