Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah salah satu watak utama dalam persembahan ‘sarkas’ UMNO di PWTC tahun ini.
Shahrizat, dilaporkan berkata dalam ucapan beliau semalam bahawa rakyat Malaysia hanya ada dua pilihan – kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, atau pembangkang yang dipimpin ‘Maharaja Lim’.

Gelaran tersebut merujuk kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menjadi bahan sasaran utama parti pemerintah itu sejak mula bersidang kali ini.
Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Pulau Pinang, Syerleena Rashid menyifatkan Shahrizat sebagai ‘bertuah’ kerana berjaya melepaskan diri daripada pendakwaan melibatkan skandal ‘lembu dalam kondo’ beberapa tahun lalu.
“Rakyat Malaysia tidak akan melupakan skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan bagaimana keluarga beliau tidak mampu membayar semula pinjaman RM250 juta ke atas kegagalan projek menternak lembu itu,” tegas Syerleena.
Beliau terlebih dahulu menyertai rombongan DAPSY Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Shahrizat itu yang didakwa bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menghina institusi raja-raja Melayu.
Shahrizat dan keluarganya didedahkan terlibat dalam skandal lembu pada tahun 2011 melalui laporan Ketua Audit Negara.
Dana yang dikhaskan untuk projek penternakan lembu terbabit ternyata telah disalahguna untuk melabur dalam hartanah oleh NFCorp yang diuruskan suami dan anak-anak Shahrizat sendiri.
Antaranya kondominium mewah One Menerung bernilai RM9.8 juta yang membawa kepada jenaka ‘lembu dalam kondo’.
“Saya percaya rakyat Malaysia tidak akan termakan pembohongan kleptorat seperti Shahrizat.
“Mereka ini akan terus membazirkan dana pembayar cukai demi kepentingan sendiri,” tegas Syerleena yang juga Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Related Posts :
Update ICERD: PM KENA CAKAP DI PARLIMEN, BUKAN KENYATAAN MEDIA >> Berita Malay 18
PELIK… Tindakan Pejabat Perdana Menteri keluar kenyataan konon pihak kerajaan tidak perakui Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapus… Read More...
Update BUKAN SAJA JANJI TAK DITUNAIKAN, PEMINJAM PTPTN PUN TERUS TERTEKAN >> Berita Malay 18
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata tangga gaji RM1,000 yang dikenakan kepada peminjam Perbadanan T… Read More...
Update [Video Berbezakah 13 Mei, 1969 Dengan 2018?] BATAL! Potong stim laa..kerajaan PH ne! Umno & Pas baru plan nak 'hara-hurukan' negara? Sudahlah UMNO-PAS kalah PRU14 dan sekarang, UMNO-PAS 'Penyamun' kalah dengan PH dalam isu ICERD & KJ: Kerajaan dah batal ICERD, tak perlu lagi berhimpun. >> Berita Malay 18Sabtu, 24 November 2018
Potong stim laa..kerajaan Pakatan Harapan.
Umno & Pas baru plan nak huru harakan negara.
Walaun kena kencing d… Read More...
Update BUKAN SAJA JANJI TAK DITUNAIKAN, PEMINJAM PTPTN PUN TERUS TERTEKAN >> Berita Malay 18
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata tangga gaji RM1,000 yang dikenakan kepada peminjam Perbadanan T… Read More...
Update Bos Edge: Najib usir saya bila cakap penipuan Jho Low >> Berita Malay 18
… Read More...