Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKKP) Felda hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan pentadbiran Felda terdahulu yang tidak pernah memaklumkan berkenaan pertukaran hak milik tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Anggota Lembaga Pengarah JKKP merangkap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Samsuddin Othman berkata, pihaknya berasa teraniaya dan menganggap ia sebagai cubaan untuk menggadai aset lembaga kemajuan tanah berkenaan.

"Ia menunjukkan pentadbiran terdahulu tidak telus dan banyak berselindung mengenai perancangan projek di tanah berkenaan serta berlaku kelemahan dalam pentadbirannya," katanya yang ditemui pemberita pada mesyuarat JKPP di sini, hari ini.
Samsuddin menjelaskan beliau hanya dimaklumkan tentang pembangunan awal projek di tanah Felda di Jalan Semarak, namun tidak diberitahu berhubung pertukaran hak milik tanah tersebut.
"Pentadbiran terdahulu banyak berselindung dan bertindak tanpa mengambil kira pandangan pihak lain khususnya warga peneroka di mana selepas tiga bulan perjanjian pembangunan dimeterai, baru dimaklumkan kepada pihak lembaga," katanya.
Samsuddin sehubungan itu berkata beliau mewakili peneroka Felda mahu tanah strategik itu dikembalikan semula kepada Felda.
Beliau berkata, JKPP yang mewakili lebih 100,000 peneroka turut menyatakan sokongan terhadap tindakan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk mendapatkan kembali tanah Felda itu.
Pada 21 Disember lepas media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
Dikatakan lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda sudah ditukar nama kepada syarikat lain pada 2016 dan pindah milik tanah itu berlaku apabila Felda Investment Corporation (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 2014 serta diberi surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
Related Posts :
Update [Video Zahid Mat Arip hentam Najib, dedah bukti Najib Hina Rakyat] Tunggu apa lagi, Shafie Apdal. >> Berita Malay 18Ahad, 29 Oktober 2017
Tunggu apa lagi, Shafie Apdal
Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal selepas dibebaskan daripada tahanan reman l… Read More...
Update [Video Rakyat Perlu Berubah Daripada Umno Kepada Pakatan Harapan] Bajet 2018 mengecewakan sektor swasta, kata MTUC. >> Berita Malay 18Ahad, 29 Oktober 2017
Bajet 2018 mengecewakan sektor swasta, kata MTUC
MTUC berkata kerajaan sepatutnya menyelesaikan isu membabitkan isi … Read More...
Update SABAH BOCOR: TUNGGU APA LAGI, SHAFIE APDAL >> Berita Malay 18
DALAM bahasa mudahnya, Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal yang juga bekas menteri kabinet dikaitkan dengan penyelewengan sehingga RM… Read More...
Update MASIHKAH KAU INGAT, NAJIB? >> Berita Malay 18
Sudahlah janji Najib Razak berkenaan penurunan harga kereta dinikmati oleh rakyat Malaysia?
Kalau kita masih ingat, janji tersebut pernah d… Read More...
Update Belum Beri Pendidikan percuma, UNISEL Kerugian RM37 Juta, @AzminAli Sembang Babipun Boleh Terbang >> Berita Malay 18
Jemin ... Jemin ... kita bagilah peluang beliau bernafas dalam bab #Bajet2018 setelah terkantoi tersalah ambil amun TVET Kerajaan Perse… Read More...