Hari ini berlangsunh Sidang Media Khas pengumuman isytihar keluar parti oleh Ketua Srikandi PPBM Pendang, Ketua Srikandi PPBM Kuala Kedah Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena, Ketua Srikandi PPBM Jerai ketika ini selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti PPBM.
3 Ketua Srikandi PPBM dan 2 orang AJK Srikandi PPBM Bahagian telah isytihar keluar dari PPBM sebentar tadi dalam satu sidang media di Hotel Seri Malaysia. Mereka terdiri daripada:
1. Zuraini Kamal
EXCO Srikandi Malaysia
Ketua Srikandi PPBM Bahagian Kuala Kedah
2. Halimahton Saadiah binti Shah Mat
Ketua Srikandi PPBM Pendang
AJK PPBM Negeri Kedah
3. Rukiza Abu Bakar
Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena
AJK Srikandi Negeri Kedah
4. Sopi binti Aziz
AJK Srikandi PPBM Kuala Kedah
5. Fatimah binti Ahmad
AJK Srikandi Kuala Kedah
Kalau tidak silap saya baru beberapa hari lepas PPBM buat pengumuman 10 ribu katanya ahli UMNO menyertai PPBM. Walaupun tiada bukti, kita bersangka baik sajalah. Hari ini beberapa Ketua Serikandi Kedah keluar parti. Takkan PPBM hendak mengharapkan Syed Sajat Saddiq memgetuai Serikandi Kedah pulak kan?