Update Suami Curang angkara “C.O.C” >> Berita Malay 18


Pada para isteri atau suami di luar sana, hati – hati lah bila lihat pasangan kita leka dengan h/p masing – masing sebab sekarang ni bukan hanya media sosial yang menjadi punca keretakan rumahtangga, rupa-rupanya game online juga boleh menyebab kan berlakunya bibit-bibit kecurangan berlaku.

Angkara game “Clash Of Clan” rumahtangga saya bergolak, bermula perkenalan suami dengan seorang janda anak 2 yang berkerja sebagai guru tadika semasa bermain permainan tersebut menyebabkan iman suami saya goyah dan berjumpa setelah sebulan berkenalan, suami berterus-terang beliau berjumpa dengan janda tersebut pada mulanya hanya keluar minum tetapi janda tersebut telah menjemput beliau ke rumahnya selepas itu dan menggoda suami dengan membuka sendiri pakaiannya.

Setelah 2 hari berlakunya perkara itu suami rasa sangat bersalah dan berterus-terang terhadap saya serta bertindak memutuskan perhubungan dengan janda tersebut. Betapa hancurnya hati saya bila mendapat tahu perkara tersebut, saya bertanya apakah ada kekurangan pada saya atau pada layanan saya yang menyebabkan dia curang? suami menafikan dan mengaku semua merupakan kesilapan beliau, suami bersungguh memujuk rayu saya dan meminta maaf atas apa yang berlaku.

Akhirnya saya memberi suami peluang kedua sebab saya sayangkan dia dan keluarga saya namun hari demi hari, setiap malam saya menitiskan air mata. Tidak lama kemudian janda tersebut menghubungi suami, dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengganggu rumahtangga kami lagi.

Setelah 6 bulan berlalu saya lihat ada perubahan terhadap sikap suami, dia telah menukar nombur baru dan berhenti dari bermain mainan atas talian pada kali terakhir janda tersebut menghubungi suami saya. Namun jauh di sudut hati saya masih  berbekas akibat peristiwa itu.

Pada para suami dan isteri di luar sana saya berharap agar berhati-hati supaya perkara yang sama tidak berlaku kepada anda semua.

Bila saya teringat, saya akan menangis. Saya cuba menerima dan redha serta anggap semua ini sebagai dugaan.Saya selalu berdoa andainya Allah sudah menetapkan ini ujian untuk diri saya, saya mohon diberikan kekuatan untuk menghadapinya. Saya anggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Subscribe to receive free email updates: