Update Sukarnya nak percaya kaji selidik Spad >> Berita Malay 18


Saya terpanggil untuk memberi maklum balas berhubung kaji selidik bebas yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) yang menunjukkan 84 peratus responden berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar.
Difahamkan purata harian penumpang di semua laluan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017 menyaksikan peningkatan sebanyak 12 peratus daripada 570,021 kepada 638,605 penumpang pengangkutan awam.
Bagaimanapun, mengambil kira tempoh dua tahun kebelakangan ini, sukar untuk kita mempercayai kaji selidik Spad itu.

Hal ini adalah kerana setiap hari banyak pengguna pengangkutan awam masih merungut ekoran pelbagai masalah yang dihadapi berkenaan dengan masa perjalanan dan masalah teknikal.
Ini dapat dibuktikan dengan beribu aduan yang telah dibuat oleh pengguna terhadap Spad berhubung pengangkutan awam terutamanya untuk perkhidmatan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Antaranya, mangsa kelewatan tren memberitahu bahawa masalah tersebut terus berulang dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilihat tidak mengambil tindakan ke atas rungutan pengguna.

Lebih menyedihkan apabila pernah berlaku kelewatan perjalanan pengangkutan awam itu hampir 4 jam.
Sementara itu, kadar tambang juga tidak sejajar dengan mutu perkhidmatan yang masih di tahap tidak memuaskan.
Nampaknya, perkhidmatan komuter induk yang meliputi jajaran 150 kilometer di Lembah Klang dan membawa kira-kira 80, 000 penumpang setiap hari, masih mengalami pelbagai masalah.

Lebih RM1 bilion dibelanjakan kerajaan bagi meningkat kualiti perkhidmatan Komuter melalui projek menaik taraf Landasan Berkembar Lembah Kelang (KVDT).

Bagaimanapun, kebolehpercayaan orang awam terhadap perkhidmatan KTM Komuter masih di tahap yang rendah.
Dalam isu pengangkutan awam ini, Najib diingatkan untuk tidak berbangga secara berlebih-lebihan atas perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) dan jangan ingat boleh menutupi kelemahan sistem pengangkutan awam yang lain.

Isa Samad gagal?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :