Update 'Tak mahu undi? Jangan merungut saja...' >> Berita Malay 18

Daripada merungut berkaitan keengganan orang muda mengundi atau mahu merosakkan undi dalam pilihan raya umum akan datang, lebih baik usaha itu ditumpukan untuk mencari penyelesaiannya.
Dalam forum “Kepada dinasor politik, kenapa kamu masih ada” di Petaling Jaya pada Sabtu, aktivis dan bekas peguam Fadiah Nadwa Fikri berkata perlu ada perbincangan berkaitan perkara itu.
“Kita harus cari jalan keluar. Kita tak harus cuma kritik orang yang fikir perkara itu – itu memang kerja ahli politik – kita patut mula fikir apa yang patut kita buat untuk cari jalan keluar.
“(Kita patut) mula bina imaginasi baru bagaimana kita dalam masyarakat boleh maju ke depan tanpa bergantung kepada sistem, struktur, yang menggagalkan kita.

“Perbincangan mesti dibuat,” katanya.
Pada 5 Disember lalu, sebuah portal melaporkan bahawa kempen merosakkan undi dikesan di rangkaian media sosial orang Cina kerana kekecewaan terhadap kedua-dua seteru politik utama BN dan Pakatan Harapan.
Memetik penganalisis, portal itu juga melaporkan antara 10 hingga 15 peratus pengundi Cina mungkin merosakkan undi sendiri.
Malay Mail Online pula pada 23 September juga mengetengahkan isu golongan muda kelas pertengahan untuk tidak mengundi atau mendaftar menjadi pengundi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :