SATU laporan akhbar Berita Harian hari ini menyebut, pemilik syarikat didakwa terlibat dengan skandal penukaran hak milik tanah Felda di Kuala Lumpur tidak mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Laporan itu merujuk kepada Abd Rahman Soltan, salah seorang pemilik Synergy Promenade Sdn Bhd yang dilaporkan pernah menyerahkan zakat pada majlis dihadiri perdana menteri.
Laporan akhbar itu yang memetik satu sumber menyebut, serahan zakat itu tidak membuktikan Abd Rahman rapat dengan perdana menteri.
"Takkanlah hanya disebabkan wang zakat RM100,000, perdana menteri menyerahkan tanah itu. Perdana menteri sendiri sudah dimaklumkan dan diberitahu satu persatu langkah yang perlu dibuat (oleh Felda untuk menyelesaikan masalah).
"Jika individu itu ada hubungan baik, mengapa perdana menteri sendiri bersetuju membawa perkara ini kepada umum?
“Jika dia ada kaitan dengan perdana menteri, laporan polis tidak akan dibuat oleh Felda,” kata sumber itu lagi, seperti dipetik Berita Harian.
Pada akhir Jun lalu, Abdul Rahman dilaporkan memandu sejauh 280km ke Pekan bagi menyerahkan zakat untuk diagihkan oleh perdana menteri dalam satu majlis.
Iltizamnya untuk menyerahkan zakat tersebut menjadi perhatian pengguna media sosial sejak minggu lalu yang antara lainnya mempersoalkan hubungannya dengan Najib.
Sementara itu, seorang kolumnis lidah parti PAS, Subky Latif berkata skandal pemindahan hak milik tanah Felda itu adalah satu perkara memalukan bagi Najib kerana menunjukkan perdana menteri itu dapat ditipu dengan mudah.
Subky dalam tulisannya di Harakahdaily berkata, mustahil jika Najib tidak tahu mengenai skandal pemindahan hak milik tanah itu sejak awal kerana beliau merupakan pegawai besar paling berkuasa dalam Felda.
“Najib boleh ditipu oleh penyangak mencuri tanah Felda itu. Sebagai pemimpin berwibawa, perdana menteri dibekalkan dengan semua maklumat dan nasihat oleh sekalian pegawainya. Maka tiada sesuatu dirahsiakan kepadanya,” kata Subky.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Najib Umno Kleptokrasi (curi duit rakyat) tak peduli keluhan ibu-ibu dgn GST/Harga Barang Naik] Karnival Kerjaya MENIPU! Beri harapan palsu kepada pencari kerja. >> Berita Malay 18Sabtu, 7 Oktober 2017
Kerajaan BN tak peduli pun harga barang naik.
Kartun Rossem
Suara Rakyat
pada 4hb Oktober jam 3.54 pagi&n… Read More...
Update PAS: Jadi ke dok Nak Bergabung? Pas Dukacita To'Pa TERIMA MASUK ahli PAS dalam dok nak bergabung >> Berita Malay 18
Bekas ahli PAS, Mat Zahid Junoh, 55 (empat dari kiri) bersama Md Nawai Ibrahim, 57 (dua dari kanan) serta sebahagian 50 ahli parti i… Read More...
Update [Video 100,000 sertai demo anti kleptokrat & BUKAN SOAL PARTI~Apa Yang Penting Adalah Membawa Perubahan Untuk Rakyat Malaysia] NGO: Membazir keluar 'IC khas' kalau tak laku. >> Berita Malay 18Sabtu, 7 Oktober 2017
NGO: Membazir keluar 'IC khas' kalau tak laku
Kerajaan mesti memastikan kad kenal diri khas yang bakal dikelua… Read More...
Update [Video Tun M hadir solidariti bersama Tian Chua & Mahathir 'Beli' Lim Kit Siang RM1 Bilion] Dzulkili (SPRM) patut letak jawatan, tak tahu saya disogok RM1 bilion, kata Kit Siang. >> Berita Malay 18Sabtu, 7 Oktober 2017
Dzulkili patut letak jawatan, tak tahu saya disogok RM1 bilion, kata Kit Siang
Bagaimana mungkin SPRM tak tau sog… Read More...
Update [ITU TANAH PERSEKUTUAN] Noh Omar patut telefon HENTI KERJA ROBOH bukan saya, kata Azmin >> Berita Malay 18
PUCHONG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerang balik Tan Sri Noh Omar yang mendakwa menteri besar Selangor itu boleh menghentika… Read More...