Sekumpulan penduduk Cameron Highlands tidak berpuas hati isu hak milik tanah belum selesai selepas hampir 10 tahun.
Dalam video yang di muat naik di Facebook PSM, Datuk Seri Adnan Yaakob dirakam meminta kira-kira 18 orang penduduk pulang selepas jurucakap penduduk, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands Suresh Kumar, mempertikaikan kelewatan kerajaan negeri menguruskan isu penduduk yang lebih 40 tahun berkebun di tanah bermasalah itu.
Adnan menjelaskan bagi kawasan Cameron Highlands sahaja terdapat 4,000 permohonan. Menurut menteri besar, urusan pentadbiran tanah diuruskan 20 orang penolong pegawai tanah (settlement officer), dan prosedur berkaitan termasuk menyukat boleh mengambil masa 2 tahun setengah.
“Bukan mereka (19 penduduk) sahaja, mereka (pegawai penempatan) perlu berjumpa orang lain juga,” kata Adnan, sebelum ditekan penduduk. “Tunggulah, sabarlah, dulu mereka (kerajaan) tidak ambil tahu, sekarang kita ambil tahu.”
“40 tahun boleh tunggu, 10 tahun tidak boleh tunggu? Awak banyak pandai cakap, sila balik. Okay? Bye. Vanakam (selamat tinggal), nandri (terima kasih),” kata Adnan, selepas seorang penduduk tidak dapat menerima penjelasan beliau.
Suresh ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku semalam. Menurut beliau, penduduk sekitar Cameron Highlands seperti di Brinchang, Tanah Rata dan Blue Valley mula menyuarakan isu hak milik tanah sejak 2008, berkenaan isu tanah untuk rumah, bertani dan gerai.
Read More / Baca Lagi >>