Update Tiga Remaja Kantoi Merompak Dan Membunuh Setelah Melanggar Tembok >> Berita Malay 18


 Indonesia: Ogan Komering Ilir - Kejadian rompakan dan bunuh melibatkan tiga orang remaja. Remaja tersebut telah membunuh seorang lelaki berusia 47 tahun sewaktu melakukan rompakan.

Tiga remaja digelar sebagai, IS (17), HC (18), dan ES (19) yang berasal dari Ogan Komering Ilir (OKI), Sumatera Selatan. 

Perbuatan ketiga-tiga remaja lelaki itu dikesan apabila mereka melanggar tembok di Jalan Flamboyan, Mulyojati, Metro Barat . 

Dari keterangan pesalah, mereka telah melakukan rompakan dan membunuh Abdurahman (47), penduduk Jalan Dusun I Muara Burnai, OIC pada  (11/6) antara pukul 02.00-04.00 petang. 

Menurut ketua polis Metro, Ajun Komisaris Besar Rali Muskitta berkata, ketiga-tiganya remaja melarikan diri menggunakan kereta mangsa Toyota Avanza hitam BG 1152 KE selepas melakukan pembunuhan. 

Ketiga-tiga pesalah telah lari ke arah Metro dan mereka telah melanggar tembok kemudian penduduk mendekati kereta tersebut  tetapi mereka semua berjaya melarikan diri. 

Pihak polis Metro Barat melakukan pemeriksaan di dalam kenderaan itu dan telah menemui mayat mangsa pembunuhan tersimpan di dalam kereta tersebut.

Siasatan mendapati satu mayat yang disimpan didalam kenderaan milik mangsa bunuh itu sendiri yang dilarikan oleh perompak-perompak itu. 

Pihak polis Metro Barat kemudian menyelaraskan dengan pihak polis Metro untuk melakukan siasatan jenayah mencari saksi-saksi yang berkaitan.

Kemudian ketika siasatan berlangsung, pihak polis mendapati ketiga-tiga pesalah tersebut sedang menunggu bas di hadapan Charly Karaoke, Metro. 

Selain Abdurahman yang telah dibunuh, mereka turut mencederakan Rudi Hartanto (26) yang bekerja sebagai pemandu mangsa tetapi pemandu itu hanya cedera ringan akibat ditikam dan berjaya melarikan diri setelah dibantu oleh penduduk setempat sewaktu kejadian.

Berdasarkan laporan pihak hospital di Bandar Seri Begawan, terdapat 11 luka kesan akibat dari dibakar di leher, tubuh sehingga ke kepala pada tubuh badan Abdurahman.

Ketiga-tiga pesalah menceritakan kembali tentang pembunuhan yang dilakukan di kawasan Jati Agung itu dan mengaku telah menikam mangsa serta pemandu mangsa yang bermotifkan rompakan terhadap mangsa.

Selain telah menangkap ketiga-tiga pesalah, polis juga memperolehi beberapa bukti seperti Toyota Avanza Veloz dan senjata tajam yang digunakan oleh para pesalah untuk membunuh mangsa.

Pihak polis telah mengesahkan tentang kes rompakan dan pembunuhan ini dan ketiga-tiga orang remaja tersebut telah dibawa ke balai polis Lampung Selatan untuk menjalani siasatan lanjut.  

Bagaimanapun proses siasatan lanjut diserahkan kepada Polis Lampung Selatan. kerana kejadian pembunuhan berada dalam bidang kuasa tempatan.  

Motif  asal bagi pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh remaja-remaja dari OKI, Sumatera Selatan masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Metro Adjunct Pesuruhjaya Senior Rali Muskitta mendakwa ketiga-tiga pelaku ingin merompak Abdurahman dan turut diakui oleh ketiga-tiga mangsa. Sumber:Tribunnews.com  Editor: Nsuhaili

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :