Langkah itu dibuat susulan keputusan mahkamah rayuan membenarkan rayuan SPR meneruskan sesi pendengaran siasatan tempatan, Isnin lalu.
Sedangkan katanya, SPR mempunyai tempoh berbuat demikian sehingga September 2018.
Beliau berkata, ia menandakan PRU14 makin hampir dan paling membimbangkan ialah terpaksa menyaksikan proses pilihan raya yang didakwa kotor dan tempang dalam sejarah negara.
“Terang lagi bersuluh, terdapat wujudnya campur tangan elit politik untuk memanipulasi proses pilihan raya melalui persempadanan semula supaya mereka kekal menguasai negara.
“Persempadanan semula pilihan raya dibuat secara tidak adil dan memihak kepada BN adalah bukti kukuh bahawa BN gagal menyaingi kerajaan negeri Selangor daripada aspek urus tadbir awam dan pencapaian dasar,” katanya.